Oh! Inspirasi
Vijay Umum Tutup 717 Kedai Arak Selepas Sah Jadi Ketua Menteri Tamil Nadu
Tamil Nadu arah tutup 717 kedai arak TASMAC yang terlalu dekat dengan sekolah, rumah ibadat dan stesen bas.
India sekali lagi jadi perhatian apabila kerajaan negeri Tamil Nadu mengambil tindakan besar-besaran terhadap kedai arak di sana. Ketua Menteri baruTamil Nadu, Joseph Vijay mengarahkan sebanyak 717 kedai arak milik kerajaan negeri ditutup kerana didapati beroperasi terlalu dekat dengan kawasan sensitif.
Menurut laporan, semua kedai arak di bawah syarikat TASMAC itu berada dalam lingkungan 500 meter dari sekolah, rumah ibadat dan stesen bas. Kerajaan negeri juga beri tempoh dua minggu untuk semua premis terlibat menghentikan operasi.
Vijay mahu masyarakat kurang terdedah dengan arak

Difahamkan, arahan penutupan ini dibuat selepas pihak berkuasa menjalankan semakan di beberapa daerah yang sebelum ini menerima bantahan daripada penduduk setempat.
Kerajaan Tamil Nadu berkata tindakan itu penting bagi mengurangkan pendedahan masyarakat terhadap alkohol terutama dalam kalangan pelajar dan golongan muda.
Selain itu, langkah tersebut juga bertujuan meningkatkan keselamatan awam dan mengurangkan gangguan sosial yang sering dikaitkan dengan kedai arak di kawasan padat penduduk.
Ribuan kedai arak dikendalikan kerajaan negeri

Untuk pengetahuan korang, TASMAC merupakan syarikat milik kerajaan Tamil Nadu yang mengawal sepenuhnya penjualan minuman keras di negeri berkenaan.
Ketika ini, TASMAC mengendalikan sebanyak 4,765 kedai arak di seluruh Tamil Nadu dengan 276 daripadanya berhampiran rumah ibadat, 186 dekat institusi pendidikan dan 255 lagi sekitar stesen bas. Sebelum ini, beberapa pertubuhan sosial dan kumpulan agama mendakwa kewujudan premis tersebut boleh memberi kesan negatif kepada komuniti setempat.
Keputusan menutup 717 kedai arak ini juga dilihat sebagai sebahagian usaha pentadbiran Vijay untuk menunaikan janji politik partinya, TVK.
Parti itu sebelum ini berikrar mahu memperketat kawalan terhadap penjualan alkohol di Tamil Nadu dan keputusan terbaru ini terus mendapat perhatian ramai kerana melibatkan jumlah penutupan yang cukup besar.
Pssttt! Kadang-kadang sesuatu keputusan memang sukar dibuat, tapi bila melibatkan keselamatan dan masa depan generasi muda, tindakan tegas memang perlu diambil. Ohmedia harap apa juga keputusan yang dibuat selepas ini benar-benar memberi manfaat kepada masyarakat setempat.
Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27
OH! MEDIA 08/05/2026 8:30 PM