Oh! Arena
Barang Pasukan England Dicuri Sebelum Aksi Piala Dunia
Pasukan England berdepan dugaan apabila peralatan pasukan dilaporkan dicuri sebelum aksi pembukaan Piala Dunia 2026.
Pasukan England nampaknya diuji awal sebelum memulakan kempen Piala Dunia 2026 apabila sebahagian peralatan pasukan dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan ke Kansas City.
Insiden ini berlaku hanya beberapa hari sebelum skuad kendalian Thomas Tuchel turun menentang Croatia pada 17 Jun. Memang serabut juga kalau benda macam ni berlaku waktu pasukan tengah nak fokus.
Pasukan England diuji sebelum sepak mula


Menurut laporan media Britain, peralatan itu dipercayai dicuri ketika dibawa dari kem latihan England di Florida ke pangkalan rasmi pasukan di Kansas City.
Antara barangan yang dilaporkan hilang termasuk but pemain, bola latihan, pakaian, peralatan latihan, meja urut, peralatan staf kejurulatihan serta papan taktikal milik Thomas Tuchel.
Lebih mencemaskan, van yang membawa barangan tersebut dikatakan telah dipecah masuk. Pihak FA kini sedang bekerjasama dengan polis tempatan bagi menyiasat kejadian itu.
But pemain bintang England pun hilang

Laporan Daily Mail mendakwa beberapa but milik pemain bintang seperti Harry Kane dan Jude Bellingham mungkin antara barangan yang dicuri.
Namun, FA setakat ini belum mengesahkan perkara tersebut kerana proses semakan inventori masih berjalan.
Kakitangan logistik FA juga dilaporkan sedang berusaha mendapatkan peralatan gantian supaya sesi latihan England tidak terganggu.
Laporan Daily Mail mendakwa beberapa but milik pemain bintang seperti Harry Kane dan Jude Bellingham mungkin antara barangan yang dicuri.- Katanya.
Dua individu sudah ditahan pihak berkuasa

Laporan terbaru menyebut dua individu telah ditahan berhubung kes berkenaan. Bagaimanapun, siasatan masih diteruskan untuk mengenal pasti jumlah sebenar barangan yang hilang.
Insiden ini menambah lagi cabaran buat England selepas sebelum ini mereka turut berdepan insiden tembakan berhampiran kem latihan dan gegaran akibat gempa bumi yang turut dirasai di kawasan tersebut.
England dijadual membuka kempen Piala Dunia 2026 menentang Croatia pada 17 Jun. Dengan dugaan bertimpa-timpa macam ni, memang menarik nak tengok macam mana Tuchel urus tekanan pasukan.
Pssttt! Dalam bola sepak, persiapan mental kadang-kadang sama penting dengan persiapan atas padang. Harap isu ini dapat diselesaikan segera supaya pemain England boleh fokus sepenuhnya untuk aksi pembukaan nanti.
Kredit: BBC Sport
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
