Oh! Artis
“Kenapa Wanita Melayu Selalu Ada Mindset Nak Berjaya Bersalin Vaginally?” – Komen Dr Malar Pada Intan Najuwa Curi Perhatian
Intan Najuwa jelaskan isu VBAC yang mencetuskan salah faham ramai.
Hasrat pelakon Intan Najuwa untuk mencuba bersalin secara vaginal birth after caesarean atau VBAC mengundang perhatian ramai selepas satu komen daripada Dr Malar Santhi mula tular di media sosial.
Menerusi hantaran di Threads, Intan meminta orang ramai mendoakan agar dia berjaya melahirkan anak secara VBAC selain memohon tip daripada golongan ibu yang pernah melalui pengalaman sama.
Intan Najuwa mohon tip untuk berjaya VBAC
Dalam perkongsian tersebut, Intan meluahkan keinginannya untuk mencuba kaedah berkenaan selepas dipercayai pernah menjalani pembedahan ketika kelahiran terdahulu.
Namun, perkongsian itu menerima respons daripada Dr Malar yang mempersoalkan cara sesetengah wanita melihat kejayaan dalam proses melahirkan anak.

Menerusi komen yang dikongsikan semula oleh pengguna Threads, Dr Malar bertanya mengapa wanita Melayu sering dikaitkan dengan pemikiran mahu ‘berjaya bersalin vaginally’.
Dalam komen sama, Dr Malar turut mendakwa beliau sering mendengar wanita Melayu terlalu berkeinginan untuk melahirkan anak secara vaginal.
Komen tersebut kemudian mencetuskan perbincangan dalam kalangan pengguna media sosial selepas hantaran asal dipercayai telah dipadam.
Penjelasan Intan Najuwa
Susulan perbincangan yang tercetus, Intan tampil menjelaskan bahawa berlaku salah faham terhadap hantaran asalnya mengenai VBAC.
Menurut Intan, dia sekadar meminta tip daripada ibu yang pernah melalui VBAC kerana doktor sudah memberikan kebenaran untuk dirinya mencuba kaedah tersebut.

Intan turut menegaskan keinginannya mencuba VBAC tidak bermaksud dia menentang kelahiran secara pembedahan Caesarean.
Malah, anak pertamanya dilahirkan menerusi pembedahan selepas dia segera bersetuju apabila kaedah itu disarankan oleh doktor demi keselamatan dirinya dan bayi.

Dalam hantaran seterusnya, Intan berkata, hasrat mencuba VBAC bukan disebabkan dirinya terlalu mahu bersalin secara normal atau ingin membuktikan sesuatu kepada orang lain.
Apa sahaja yang berlaku nanti, Intan menegaskan dia akan tetap mengikuti nasihat doktor dan memilih kaedah paling selamat untuk ibu serta bayi.
Pssttt! Setiap ibu mempunyai pengalaman, keinginan dan keadaan kesihatan yang berbeza ketika melalui proses kelahiran. Apa juga kaedah yang dipilih, keselamatan ibu dan bayi tetap perlu menjadi keutamaan selepas mendapat nasihat daripada pegawai perubatan.
Kredit: Thread Intan Najuwa
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
