Oh! Artis
Sajat Nafi Terlibat Isu Rohingya, Minta Nama Tidak Dikaitkan
Sajat menegaskan dirinya tiada kaitan dengan isu Rohingya dan minta namanya tidak lagi diheret.
Pempengaruh media sosial, Nur Sajat akhirnya tampil bersuara selepas namanya dikaitkan dengan isu Rohingya yang kini sedang hangat diperkatakan.
Menurut Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman, isu berkenaan langsung tidak ada kena-mengena dengan dirinya, kisah hidupnya atau kes terdahulu yang pernah melibatkannya.
Jangan heret nama Sajat

Menerusi hantaran di media sosial, Sajat meminta orang ramai supaya tidak lagi mengaitkan dirinya dengan perdebatan tersebut.
Dia menegaskan, apa yang berlaku membabitkan isu Rohingya adalah perkara berbeza dan tidak mempunyai hubungan dengan kehidupannya.
Saya ingin menegaskan bahawa saya tidak ada kena-mengena dengan isu Rohingya yang sedang hangat diperkatakan di Malaysia ketika ini.- Katanya.
Tak pernah burukkan Malaysia

Dalam masa sama, Sajat turut menjelaskan bahawa dia tidak pernah membenci atau memburukkan Malaysia walaupun kini menetap di Australia.
Katanya, Malaysia tetap tanah tumpah darahnya dan dia sudah lama meneruskan kehidupan selepas segala perkara yang pernah berlaku sebelum ini.
Sajat juga berharap orang ramai dapat menghormati kehidupannya sekarang dan tidak terus mengheret namanya dalam isu yang tidak membabitkan dirinya.
Dikaitkan dengan wanita Rohingya

Terdahulu, Sajat ada memuat naik sebuah video meluahkan rasa marah selepas ada pihak menyamakan tindakannya berpindah ke Australia dengan wanita Rohingya dikenali sebagai Noor Azizah.
Menjengah ke ruangan komen di Threads, rata-rata pengguna pula meminta Sajat bersemuka dengan wanita berkenaan yang didakwa telah memburukkan nama Malaysia.
Setakat ini, Sajat hanya menegaskan pendiriannya bahawa dia tidak mahu namanya terus dikaitkan dengan isu tersebut.
Pssttt! Dalam isu panas macam ni, elok juga kita semak dulu sebelum kaitkan nama sesiapa. Tak semua perkara boleh disamakan, apatah lagi kalau individu itu sendiri dah jelaskan tidak ada kena-mengena.
Kredit: Sajat
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
