Connect with us

Oh! Media

Rentas Negeri Dibenarkan Bermula Esok

Rentas Negeri

Oh! Tidak

Rentas Negeri Dibenarkan Bermula Esok

Sebentar tadi kami melaporkan yang berkemungkinan perutusan khas Perdana Menteri yang berlangsung pada petang ini akan mengumumkan kebenaran rentas negeri ternyata benar.

ADVERTISEMENT

BACA : Kebenaran Rentas Negeri Mungkin Diumumkan Petang Ini?

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan berita gembira ini menerusi sidang media khas yang baru saja berlangsung pada pukul 3 petang tadi.

Kebenaran ini diberikan selepas kadar vaksinasi individu dewasa yang lengkap menerima vaksin telah mencapai 90 peratus.

Alhamdulillah, menurut KKM kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa telah mencapai 90 peratus. Bagaimanapun, data terkini akan dikemaskini pada tengah malam ini.

Kerajaan telah bersetuju untuk memberi kebenaran kepada rakyat Malaysia yang telah menerima vaksinasi lengkap untuk melakukan rentas negeri tanpa memohon kebenaran dari PDRM.

Dengan keputusan ini, Keluarga Malaysia bebas melakukan pergerakan seperti balik kampung untuk berjumpa ibu bapa yang telah lama berpisah, melancong, dan sebagainya

Mesti ramai yang seronok sebab boleh jumpa mak ayah di kampung dan sebagainya kan? Apapun, jangan lupa untuk patuh SOP yang telah ditetapkan kerajaan agar kita semua dapat mengurangkan kes jangkitan di negara ini.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

To Top