Connect with us

Oh! Media

Anwar Ibrahim Beri Peringatan Buat Rohingya

Ohmedia anwar ibrahim uec

Oh! Negara

Anwar Ibrahim Beri Peringatan Buat Rohingya

Anwar Ibrahim ingatkan pelarian Rohingya supaya patuh undang-undang Malaysia termasuk isu bangunan dan perniagaan.

Akhirnya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tampil bersuara berkait isu pelarian Rohinya. Katanya kerajaan tidak akan berkompromi sekiranya ada pihak yang melanggar undang-undang negara, namun dalam masa sama isu ini perlu ditangani dengan nilai kemanusiaan.

Menurut Anwar, rakyat Myanmar khususnya Rohingya yang berada di negara ini perlu menghormati peraturan sedia ada. Beliau berkata, kerajaan boleh mengambil tindakan jika terdapat pelanggaran peraturan, termasuk melibatkan bangunan dan perniagaan.

Tetapi nasihat kepada rakyat Myanmar khusus Rohingya, dia juga harus patuh kepada peraturan yang ada dalam negara kita. Bangunannya, perniagaannya mesti mengikut peraturan dan kalau tidak ikut, kita terpaksa ambil tindakan.

Tapi saya harap dalam semangat itu semua, sementara undang-undang dihormati, kita akan tegas hal ini.- Katanya.

Anwar Ibrahim ingatkan masyarakat Islam jaga nilai kemanusiaan

Anwar Ibrahim
Kredit Foto Fath Rizal Prime Ministers Office o

Mengulas isu bangunan yang didakwa dibina oleh pelarian Rohingya, Anwar berkata kerajaan akan berbincang dengan kerajaan negeri.

IKLAN

Ini kerana perkara tersebut turut melibatkan aspek pembandaran dan bidang kuasa pihak berkuasa negeri.

Dalam masa sama, beliau mengingatkan rakyat tempatan supaya tidak bertindak melampaui batas ketika menangani isu ini.

Tetapi saya harap rakyat kita, terutama masyarakat Islam yang berdepan isu ini harus jaga kemanusiaan kita. Dan janganlah melanggar peraturan undang-undang dalam menangani masalah.- Katanya.

Isu kemanusiaan perlu seimbang

Ohmedia rohingya

Anwar turut menyifatkan isu Rohingya sebagai isu kemanusiaan yang tidak boleh dilihat secara mudah.

Pulang ke mana sebab kita ada masalah dengan Kerajaan Myanmar yang menghalang. Dalam rundingan saya dua kali dengan pimpinan Myanmar, saya minta dua perkara.

Pertama bantuan yang kita beri itu dapat manfaat kepada semua, kedua hentikan penindasan dan jenayah ke atas rakyat Myanmar Islam dan di Myanmar keseluruhan.- Katanya.

Sebelum ini, media melaporkan satu petisyen yang menggesa pelarian Rohingya dihantar pulang dari Malaysia atau ditempatkan semula di negara ketiga sudah meraih lebih 195,000 tandatangan setakat Khamis lalu.

Pssttt! Apa pun, isu Rohingya ini memang sensitif dan perlukan penyelesaian yang tegas tapi berperikemanusiaan. Undang-undang negara tetap kena dihormati, dalam masa sama jangan sampai emosi buat kita hilang nilai kemanusiaan.

Kredit: Malaysia Gazette
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas