Oh! Tidak
Aktivis Rohingya Tukar Akaun Ke Private Selepas Dikecam Netizen Malaysia
Aktivis Rohingya Noor Azizah tukar akaun Instagram ke private selepas dikecam netizen Malaysia.
Aktivis Rohingya, Noor Azizah menjadi perhatian ramai selepas ucapannya di pentas antarabangsa tular dan mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan netizen Malaysia.
Menerusi ucapan itu, dia didakwa menyentuh isu layanan terhadap komuniti Rohingya di Malaysia termasuk dakwaan berkaitan kanak-kanak Rohingya yang berada di pusat tahanan imigresen.
Aktivis Rohingya tukar akaun Instagram jadi private

Selepas menerima kecaman hebat daripada warga Malaysia, akaun Instagram Noor Azizah dilihat sudah ditukar kepada mod private.
Sebelum ini, video ucapannya pernah dimuat naik di akaun Instagram miliknya sebelum mula tersebar dan menjadi perbualan hangat di Malaysia.
Noor Azizah sebelum ini pernah menetap selama lapan tahun setengah di Malaysia sebelum berhijrah ke Sydney, Australia dan menjadi guru di sana.
Terima anugerah di pentas antarabangsa

Difahamkan, Noor Azizah baru sahaja menerima Anugerah Marie Claire Women of the Year Awards bagi kategori Voice of Now 2025.
Dalam ucapannya, dia turut menyatakan penderitaan etnik Rohingya masih belum berakhir walaupun selepas mereka melarikan diri dari Myanmar.
Bagaimanapun, setakat ini Noor Azizah belum mengeluarkan sebarang kenyataan susulan berhubung isu yang sedang tular itu.
Netizen Malaysia tampil bersuara

Isu ini membuatkan ramai netizen Malaysia tampil mempertahankan negara selepas merasakan kenyataan tersebut memberi gambaran buruk terhadap Malaysia.
Ramai juga mengingatkan bahawa Malaysia sebelum ini menerima kehadiran pelarian Rohingya dalam jumlah yang besar.
Buat masa ini, tindakan Noor Azizah menukar akaun media sosialnya kepada private terus menjadi perhatian selepas namanya hangat diperkatakan.
Pssttt! Dalam isu sensitif macam ini, apa yang disebut di pentas terbuka memang mudah jadi perhatian ramai. Apa pun, lebih elok semua pihak beri penjelasan dengan fakta yang jelas supaya tak timbul salah faham dan keadaan jadi makin panas.
Kredit: Instagram
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
