Connect with us

Oh! Media

Trump Dan Presiden Iran Tandatangan Perjanjian Tamat Perang

Ohmedia iran amerika syarikat

Trending

Trump Dan Presiden Iran Tandatangan Perjanjian Tamat Perang

Perjanjian AS Iran ditandatangani bagi tamatkan perang di Timur Tengah dan longgarkan sekatan ekonomi terhadap Tehran.

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dan Presiden Iran dilapor sudah menandatangani satu perjanjian penting pada Rabu bagi menghentikan perang di Timur Tengah.

Menerusi perjanjian AS Iran itu, Tehran bersetuju untuk mengurangkan kadar uranium yang diperkaya sebagai pertukaran kepada pelonggaran sekatan ekonomi secara besar-besaran.

Perjanjian dimeterai selepas sidang G7

Ohmedia donald trump askar

Menurut seorang pegawai AS, Trump menandatangani memorandum persefahaman itu ketika majlis makan malam bersama Presiden Perancis Emmanuel Macron di Istana Versailles.

IKLAN

Majlis itu berlangsung selepas sidang kemuncak Kumpulan Tujuh G7. Trump turut memaklumkan perkara tersebut kepada pemberita ketika meninggalkan istana berkenaan.

Jurucakap Kementerian Luar Iran, Esmaeil Baqaei berkata, dokumen itu dimuktamadkan menerusi tandatangan kedua-dua presiden.

AS tarik balik sekatan minyak Iran

Ohmedia iran selat hormuz

Perjanjian AS Iran itu dibuat bagi menamatkan konflik yang bermula pada 28 Februari lalu selepas AS dan Israel melancarkan serangan.

Ketegangan itu kemudian mencetuskan tindak balas Iran menggunakan peluru berpandu dan dron di seluruh rantau berkenaan. Situasi itu turut menyebabkan penutupan Selat Hormuz.

Di bawah perjanjian tersebut, Washington bersetuju menarik balik sekatan terhadap sektor minyak Iran berkuat kuasa serta-merta.

AS juga berjanji akan membantu pelepasan dana pembinaan semula bernilai AS$300 bilion atau kira-kira RM1.23 trilion sebaik sahaja perjanjian muktamad berhubung program nuklear Iran dicapai.

Ada pihak puji, ada yang kritik

Ohmedia ikrar iran amerika

Iran menyifatkan perjanjian itu sebagai bukti “kegagalan” AS. Speaker Parlimen Iran, Mohammad Bagher Ghalibaf pula berkata, rakyat akan dapat menilai kandungan perjanjian selepas teks penuh didedahkan oleh kedua-dua pihak.

Namun, tidak semua pihak menyambut baik langkah tersebut. Senator AS, Bill Cassidy daripada Parti Republikan mengkritik perjanjian itu dan menyifatkannya sebagai antara kesilapan dasar luar paling buruk dalam beberapa dekad.

Dalam masa sama, Ketua Pergerakan Syiah Lubnan Hizbullah, Naim Qassem pula menganggap perjanjian tersebut sebagai “kemenangan besar” buat Iran. Beliau turut berterima kasih kerana gencatan senjata yang dipersetujui dikatakan turut merangkumi Lubnan.

Pssttt! Apa pun, perjanjian besar macam ini memang akan jadi perhatian dunia sebab ia bukan sekadar melibatkan dua negara sahaja, tapi boleh beri kesan kepada kestabilan rantau Timur Tengah. Harapnya pelaksanaan perjanjian ini benar-benar membawa keamanan, bukan sekadar cantik di atas kertas sahaja.

Kredit: Harian Metro
LReaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas