Oh! Artis
Pak Azad Nafi Digantung Era FM, Jelas Ambil Cuti Panjang
Pak Azad nafi dakwaan digantung Era FM dan jelaskan dia hanya bercuti panjang yang sudah dirancang lebih awal.
Pak Azad tampil menjawab spekulasi selepas namanya menjadi bualan ramai susulan ketiadaannya di konti Era FM sejak lebih seminggu lalu.
Ramai pendengar tertanya-tanya apabila segmen 3 Pagi Era yang biasa dikendalikan bersama Nabil Ahmad dan Radin digantikan dengan personaliti lain. Dari situ, mulalah timbul dakwaan kononnya Pak Azad direhatkan daripada tugas.
Penyampai radio dan pelakon itu menafikan dakwaan kononnya dia dikenakan tindakan disiplin atau digantung tugas oleh pihak Era FM. Menurut Pak Azad, perkara itu sebenarnya hanya salah faham kerana dia sedang bercuti panjang yang sudah dimohon lebih awal.
Pak Azad nafi digantung Era FM

Benda itu salah faham sahajalah. Sebenarnya saya ambil cuti yang memang sudah lama saya minta.- Katanya.
Katanya, kebetulan anaknya, Amarra baru sahaja tersingkir daripada program Talk To My Manager 2. Jadi, dia mengambil peluang itu untuk bersama keluarga.
Saya memang ambil cuti panjang. Kebetulan anak saya Amarra pun sudah tersingkir daripada Talk To My Manager 2 (TTMM2), jadi kami luang masa bersama.- Katanya.
Kontroversi tidak jejaskan kerjaya

Dalam masa sama, Pak Azad turut menegaskan isu berkaitan flat Rohingya yang tular sebelum ini tidak memberi kesan terhadap kerjayanya sebagai penyampai radio.
Malah, dia berkata perkara itu tiada kaitan seperti yang diperkatakan ramai. Pak Azad juga memaklumkan Ahli Dewan Undangan Negeri Dusun Tua turut berterima kasih kepadanya.
Sebelum ini, ketiadaan Pak Azad mencetuskan tanda tanya dalam kalangan pendengar Era FM. Dia difahamkan mula tidak bersiaran sejak Selasa minggu lalu sebelum kembali bertugas seperti biasa pada pagi Khamis.
Pssttt! Dalam dunia media sosial ni, kadang-kadang orang hilang sekejap pun macam-macam cerita boleh keluar. Apa pun, elok juga tunggu penjelasan tuan badan sebelum buat kesimpulan. Tak semua yang senyap itu bermasalah, kadang-kadang dia cuma tengah bercuti.
Kredit: Azad Jasmin
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
