Connect with us

Oh! Media

Seramai 1.4 Juta Remaja 12 Hingga 17 Tahun Telah Menerima Suntikan Vaksin

vaksin

COVID-19

Seramai 1.4 Juta Remaja 12 Hingga 17 Tahun Telah Menerima Suntikan Vaksin

Semenjak kerajaan memulakan pemberian dos vaksin Covid-19 kepada remaja 12 hingga 17 tahun, seramai 1,498,274 telahpun menerima 1 dos vaksin. 52,774 daripada jumlah itu pula telah menerima 2 dos lengkap dan ini merupakan satu perkembangan yang sangat baik.

ADVERTISEMENT

Berikut adalah lima negeri yang mencapai suntikan tertinggi bagi remaja iaitu Labuan (77.6 peratus), diikuti Kedah (67.1 peratus), Sarawak (62.7 peratus), Perlis (61.8 peratus) dan Melaka (59.4 peratus).

Dalam pada itu, kerajaan akan memberi keutamaan kepada golongan remaja OKU bagi memastikan mereka dilindungi. Setakat ini pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKM) telah menerima 67,676 remaja OKU yang berdaftar dengan mereka setakat 31 Ogos 2021.

Proses pemberian vaksin kepada remaja OKU di institusi dan yang terlantar di rumah akan dilakukan secara jangkau luar (outreach) dan berjadual oleh Pasukan Pelaksana Vaksinasi yang terdiri daripada kakitangan kesihatan, pengamal perubatan swasta, atau pasukan kesihatan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Remaja OKU bersekolah harian akan diberi vaksinasi secara berjadual di PPV atau sekolah. Remaja OKU bersekolah asrama pula akan menerima janji temu vaksinasi melalui aplikasi MySejahtera. – Kata Pengerusi Pasukan Bertindak Imunisasi Covid-19 Remaja, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali.

Nampaknya semakin dekat untuk kita mencapai tahan imuniti kelompok. Apapun terus mmematuhi SOP yang ditetapkan dan amalkan norma baharu yang kita amalkan selama 2 tahun ini.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Lagi dalam kategori COVID-19

30 Hari Paling Trending

To Top