Connect with us

Oh! Media

Samsung Perkenal Siri Galaxy A34 5G & A54 5G Terbaru, 4 Trik Ciri Link To Windows Bantu Hari Korang Lebih Awesome!

Oh! Tech

Samsung Perkenal Siri Galaxy A34 5G & A54 5G Terbaru, 4 Trik Ciri Link To Windows Bantu Hari Korang Lebih Awesome!

Perasan tak, bila kita nak beli sesuatu peranti yang baru. Mesti dalam fikiran atau checklist kita dah terbayang spesifikasi yang kita sendiri dah highlight untuk digunakan sama ada di pejabat, sekolah ataupun di rumah. Antaranya, spesifikasi yang memudahkan korang untuk melakukan kerja sambil berehat. 2 in 1  gitu!

ADVERTISEMENT

Psst..psst.. Meh dekat sikit! Kami nak share dengan korang yang Samsung baru ini memperkenalkan siri Galaxy A terbaru iaitu Samsung Galaxy A34 5G & Galaxy A54 5G dengan spesifikasi dan aplikasi yang cukup mantul! Lagi best, Samsung step up their game dan hadir dengan fungsi istimewa iaitu Link To Windows yang memudahkan interaksi antara Samsung Galaxy A34 5G/ Samsung Galaxy A54 5G dengan peranti yang lain.

Pergh! Dah alang-alang tengah bercerita tentang Link to Windows ni. Meh kami share dengan korang 4 trik yang korang boleh cuba untuk nikmati Awesome Day bersama ciri Link to Windows! Jom tengok!

1. Elakkan Diri Korang Seperti ‘Curi Tulang’ Semasa Berada Di Tempat Kerja

Lumrah mereka yang bekerja di pejabat, bila seharian buat tugasan di tempat kerja. Mesti kadang-kadang terasa nak take five kejap kan? Antaranya, main permainan video seperti Candy Crush, betul tak? Tapi kalau korang main Candy Crush dalam telefon nampak sangat macam tengah ‘curi tulang’! 

Kredit gambar: MSPoweruser

Nasib baik ada Link to Windows! Ciri ini membenarkan korang bermain Candy Crush pada skrin PC dengan pengalaman yang lebih puas. Sambil tu boleh lah ‘cover’ macam korang tengah sibuk lakukan tugasan setiap kali korang tekan keyboard PC tu. Mana tahu, boleh menang Pekerja Contoh Bulanan!

2. Link to Windows Bantu Korang Daripada Terjebak Dengan ‘Phone Addiction’

Dalam tak sedar, sebenarnya hidup kita ni tak boleh berpisah dengan telefon. Siapa setuju, angkat tangan! Telefon dah menjadi satu kemestian apabila kita nak berkomunikasi, membuat perbelanjaan online dan memesan makanan dan minuman secara online. Memang mudah!

Hmm, tapi lama kelamaan, kalau asyik melekat dengan telefon 24 jam. Min bimbang kalau korang dah terjebak dengan ‘phone addiction’! Disebabkan itu, min memang recommend korang untuk beli Samsung Galaxy A54 5G ni sebab ia dilengkapi dengan ciri Link to Windows yang menyediakan apps dan ciri yang sama seperti telefon pintar korang dalam variasi yang lebih besar!

3. Rehatkan Badan Bersama Telefon Pintar. Macam Mana Tu?

Kredit gambar: Dr. Natasha Hayden

Teknik adalah segala-galanya apabila ia datang untuk bersenam, termasuk menggunakan peralatan yang betul. Sama juga dengan postur apabila kita menggunakan telefon pintar. Ada kalanya, kita lebih selesa untuk duduk membongkok dan ada kalanya kita lebih suka untuk menunduk. Kalau anda nak tahu, postur ini sebenarnya meningkatkan risiko badan korang untuk menjadi lebih sakit.

Antaranya, lengan dan leher adalah anggota badan yang sentiasa menjadi tumpuan apabila korang sering kali terasa lenguh, betul tak? Oleh itu, sambungan Samsung A54 4G dan Link to Windows kepada PC yang lebih ergonomik akan membantu korang untuk mengurangkan kesakitan. Postur badan pun dapat dijaga dengan lebih baik. Wow!

4. Tugasan Dan Komunikasi Lebih Smooth Dengan Paparan PC Lebih Jelas Bersama Link to Windows

Kredit gambar: Soya Cincau BM

Tidak dinafikan, paparan skrin bagi siri terbaru Samsung Galaxy A mempunyai paparan Super AMOLED yang luas iaitu 6.4 inci bagi Galaxy A54 5G dan 6.6 inci bagi Galaxy A34 5G. Tapi buatnya waktu tu korang ada urgent meeting atau terpaksa lakukan presentation secara mengejut, kan tak jelas!

Fuh, nasib baik ada Link to Windows. Ciri ini membantu korang untuk menghubungkan segala tugasan dan data yang tersimpan di dalam peranti dan dipaparkan pada PC supaya dapat dilihat dengan lebih jelas. Dah tak perlu nak menaip dalam dua peranti sekali gus!

Samsung Galaxy A54 5G Dah Beli! Tapi Macam Mana Nak Guna Link to Windows?

Haa, dari tadi kami share pasal Link to Windows, tapi mesti korang tertanya-tanya kan macam mana nak guna Link to Windows ni? Mudah je!

Tapi sebelum tu, make sure yang komputer riba/ PC korang menggunakan sistem operasi Windows 10 dan ke atas. Kalau dah ada, jom kita mula!

Langkah 1:  Muat turun perisian Phone Link secara percuma daripada Microsoft Store ke dalam komputer. Jangan lupa, korang juga perlu memiliki sebuah akaun Microsoft.

Langkah 2:  Bagi pengguna Samsung Galaxy pula, korang kena turn on fungsi Link to Windows. Korang boleh pergi ke Settings dan cari ‘Link to Windows’ pada Search box.

Langkah 3: Buka Phone Link software dan ikuti arahan yang tertera pada skrin. Settle!

Nak tahu lebih details? Tonton video ni!

Beli Dan Bayar Bulanan Serendah RM44.42! Jimat Berbaloi!

Fuh, sampai macam ni Samsung Galaxy A54 5G dan Samsung Galaxy A34 5G  memudahkan urusan korang untuk beli dan rasai ciri khas telefon mereka! Untuk korang yang nak membuat bayaran bulanan, Samsung Galaxy A54 5G boleh dibayar sebanyak RM52.75/ sebulan selama 36 bulan. Manakala Samsung Galaxy A34 5G boleh dibayar sebanyak RM44.42/ sebulan selama 36 bulan.

Apa lagi yang korang tunggu? Buat pembelian sekarang DI SINI. Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Samsung atau ikuti media sosial di Facebook and Instagram

Lagi dalam kategori Oh! Tech

Ke Atas