Oh! Tidak
Pemandu Van Sekolah Didakwa Hantar Surat ‘Menggelikan’ Kepada Murid 12 Tahun
Pemandu van sekolah didakwa hantar surat berbaur pelik kepada murid 12 tahun hingga mangsa trauma dan ketakutan.
Seorang bapa meluahkan rasa bimbang selepas anak perempuannya yang baru berusia 12 tahun didakwa menerima surat daripada seorang pemandu van sekolah berusia 68 tahun.
Apa yang merisaukan, anaknya kini dikatakan trauma dan takut setiap kali terserempak dengan lelaki warga emas itu.
Kanak-kanak tersebut juga didakwa sering menerima kata-kata yang membuatkan dia rasa tidak selesa. Situasi itu menyebabkan si anak semakin tertekan walaupun sudah tidak lagi menggunakan perkhidmatan van sekolah terbabit.
“Awak tetap ada dalam hati acik”- Pemandu van

Bapa kepada kanak-kanak itu berkata dia sudah membuat laporan polis dan tangkapan juga pernah dibuat terhadap lelaki terbabit. Namun, individu berkenaan dikatakan dibebaskan semula atas faktor usia.
Apa pendapat anda semua kalau pemandu van sekolah umur 68 tahun bagi surat dengan bahasa menggelikan kepada anak perempuan umur 12 tahun? Anak aku sampai takut dan meluat tengok muka dia.- Katanya.
Menurutnya lagi, keadaan menjadi lebih sukar apabila anaknya masih perlu bertembung dengan lelaki tersebut hampir setiap hari.
Dia bebas bekerja seperti biasa. Masalahnya, anak kita pula yang stres kena bertembung dengan dia setiap hari.- Katanya.
Dakwa ini bukan kes pertama

Dalam masa sama, lelaki itu turut mendakwa majikan kepada pemandu van tersebut mengetahui tentang kejadian berkenaan tetapi masih enggan menamatkan perkhidmatan warga emas terbabit.
Katanya, terdapat pengakuan daripada pihak majikan bahawa ini sebenarnya bukan kes pertama melibatkan individu berkenaan, namun kes terdahulu tidak dilaporkan kepada polis.
Majikan tak nak berhentikan dia dan dedahkan anak-anak lain kepada orang gila ni.- Katanya.
Kandungan surat buat ramai rasa jijik
Perkongsian itu turut memuat naik isi kandungan surat tulisan tangan yang didakwa dihantar sendiri oleh pemandu van berkenaan kepada anaknya.

Ini kandungan surat yang sudah kami cuba baca jika kurang jelas:
Assalamualaikum
Terlebih dahulu acik minta maaf di atas semuanya. Surat ini tanpa kebenaran, tapi acik minta maaf atas kesalahan acik yang terlalu ikutkan kata-kata tanpa selidik dahulu.
Tok wah menjaga dan menegur acik yang sebenarnya sudah lama acik nak bagitahu sejak bermula. Kini baru tahu acik bagaimana hubungan kita hingga kini. Tapi acik takut nak bagitahu sebab nanti tersilap cakap. Acik cuma fikir cuci acik tak lebih daripada itu.
Sebenarnya itu sahaja jawapan acik. Hanya minta tolong tinggi sikit maksudnya atas dari atok. Ia itu atok moyang, bukan ada maksud lain dan janganlah difikir lain. Tak sempat acik nak jelaskan dan merajuk acik. Jadi di situ salah faham dari acik.
Acik kenal langsung kini acik anggap cuci acik, tapi tak tahulah diri lain pula dapat penjelasan.
Di sini acik minta maaflah acik dan berbaiklah semula dengan cucu seperti dulu hingga kekal bila-bila. Tolonglah acik, janganlah merajuk. Sedih acik, hari-hari acik tak makan dan tak boleh tidur.
“Atok moyang tu maksudnya tinggi lagi dari atok.”
Tolonglah, janganlah tinggalkan acik ya. Buatlah macam biasa.
Walau macam mana pun hati tetap ada dalam hati acik.
Sudi balaslah.
Pssttt! Kalau melibatkan keselamatan dan emosi kanak-kanak, memang tak boleh ambil mudah walaupun nampak macam “sekadar surat”. Ohmedia harap pihak terlibat dapat ambil tindakan lebih tegas supaya benda macam ni tak berlaku lagi dekat anak-anak lain.
Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27
OH! MEDIA 08/05/2026 8:30 PM