Branded
Unfold Club di TRX: Port Paling Cool Untuk Try Lifestyle & Teknologi Baru
Kalau korang tengah cari port hujung minggu yang boleh chill dan cuba tech baru, maybe korang boleh terus ke Unfold Club di Raintree Plaza, The Exchange TRX yang akan berlangsung sehingga 28 September 2025.
Bukan sekadar event biasa, vibe dia memang gabungkan gaya hidup, hiburan dan teknologi terkini.
Terowong Z Yang Imersif
Pengunjung akan dibawa masuk ke dalam terowong berbentuk Z yang immersive gila, seakan pintu khas untuk masuk ke dunia Samsung. Dari situ bermula pengalaman penuh dengan kejutan.
Try Sendiri Galaxy Z Fold7 & Z Flip7

Dekat sini, korang boleh try sendiri Galaxy Z Fold7 dan Z Flip7 yang baru. Lagi nipis, ringan, power, dan siap ada Galaxy AI dengan Gemini Live. Nak edit gambar jadi macam pro? Senang je dengan Generative Edit.
Nak control apps dengan sekali suara? Pun boleh. Pendek kata, phone ni memang bagi peluang untuk kerja, hiburan dan content creation jadi lebih smooth.
Hidup Lebih Smart Dengan AI

Kalau nak rasa gaya hidup lebih smart, boleh explore SmartThings AI yang connect rumah anda dengan lebih mudah. Semua jadi lebih jimat masa, lebih teratur, dan lagi best bila boleh spend masa dengan orang tersayang tanpa pening kepala urusan harian.
Galaxy Watch8 Untuk Yang Suka Fit & Stylish

Untuk yang peduli kesihatan, Galaxy Watch8 dan Watch8 Classic confirm buat korang teringin nak upgrade jam.
Nampak stylish, tapi sebenarnya jam ni penuh dengan teknologi AI kesihatan untuk track aktiviti harian, jaga tahap fitness dan bagi motivasi kekal sihat.
Kamera Padu Galaxy S25 Series

Lagi satu yang ramai tunggu, Galaxy S25 Series. Kamera dia memang padu dengan bantuan AI. Tangkap gambar, edit terus, hasil pun nampak macam karya. Sesuai untuk yang suka buat content atau nak simpan memori cantik.
Aktiviti Fun Untuk Semua

Selain try gadgets, banyak juga aktiviti fun macam mesin claw berhadiah dan workshop Phone Beads. Memang lengkap ada hiburan, ada gaya hidup, ada teknologi.
Jangan tunggu lama, terus datang ke The Exchange TRX sebab event ni sampai 28 September je. Baru betul dapat rasa sendiri macam mana Samsung nak bawa gaya hidup kita ke next level.
Untuk info lanjut mengenai Galaxy Z Series: Samsung Galaxy Z Series
Untuk info lanjut mengenai Galaxy S Series: Samsung Galaxy S Series
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM