Oh! Artis
Safura Yaacob Dedah Suami Hidap Kanser, Kini Merebak Ke Paru-Paru
Pembedahan suami Safura Yaacob ditangguh selepas kanser merebak ke paru paru. Keadaan terkini masih dalam penilaian doktor.
Berita kurang baik dikongsikan penyanyi dan pelakon, Safura Yaacob apabila pembedahan suaminya, Sahronizam terpaksa ditangguhkan pada saat akhir. Perkembangan itu berlaku selepas keputusan CT Scan terbaru menunjukkan sel kanser sudah mula merebak ke paru-paru.
Safura, 53, memaklumkan prosedur yang sepatutnya dijalankan perlu ditangguhkan sementara bagi memberi ruang kepada pakar membuat penilaian lanjut.
Sama ada pembedahan diteruskan atau perlu beralih kepada rawatan lain, semuanya masih dalam perbincangan.
Safura sudahpun beli peralatan pembedahan

Menurut Safura, mereka sebenarnya sudah membuat segala persiapan termasuk membeli peralatan pembedahan yang diminta pihak hospital. Namun, keputusan berubah selepas pemeriksaan susulan dilakukan ketika berada di wad.
Kita dah beli peralatan yang doktor suruh beli dalam RM700 lebih untuk digunakan semasa pembedahan tapi doktor pagi ini (semalam), mungkin pembedahan akan ditangguhkan.
Esok (hari ini) kita akan berbincang sekali lagi dengan pakar nak tahu sama ada pembedahan ini diteruskan atau ada rawatan lain.- Katanya.
Keadaan Sahronizam masih kuat dan positif

Dalam masa sama, Safura turut berkongsi keadaan suaminya yang masih kuat walaupun berdepan kanser tulang rawan tahap tiga. Malah, jika dilihat secara luaran, suaminya kelihatan seperti sihat seperti biasa.
Keadaan dia sangat okey, kuat dan positif. Kalau kalian tengok dia macam sihat tapi sebenarnya menghidap kanser tulang rawan tahap tiga. Doktor kata kanser dia sangat agresif.- Jelasnya.
Ohmedia faham situasi ini bukan mudah untuk sesiapa pun. Safura sendiri mengakui keadaan ini memberi kesan emosi kepadanya sehingga berat badan pernah turun mendadak ketika awal suaminya dimasukkan ke hospital.
Pssttt! Dalam situasi macam ni, sokongan keluarga memang jadi kekuatan paling besar. Korang jangan pernah ambil ringan soal kesihatan dan kalau ada simptom pelik, cepat cepat buat pemeriksaan. Kadang kita rasa sihat, tapi sebenarnya badan tengah bagi signal penting.
Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27
OH! MEDIA 08/05/2026 8:30 PM