Connect with us

Oh! Media

‘Gen Z Detected’ – Ramai Termakan ‘Gimik’ Papar Sejarah Carian Pada Papan Iklan LDP, Rupanya Ini Maksud Sebenarnya

Gemini

Branded

‘Gen Z Detected’ – Ramai Termakan ‘Gimik’ Papar Sejarah Carian Pada Papan Iklan LDP, Rupanya Ini Maksud Sebenarnya

Korang ingat lagi tak baru-baru ini viral sebuah papan iklan di Lebuhraya Damansara Puchong yang memaparkan sejarah carian tentang M.Nasir. 

Menjenguk ke ruangan komen, terdapat pelbagai reaksi daripada netizen, ada yang melawak, ada yang mengkritik dan macam-macam lagi lah. 

Image
Image

Antara reaksi netizen di ruangan komen.

Gimik Semata, Rupa-Rupanya Nak Bagi Ramai Orang Tahu Lebih Lanjut Tentang Gemini

Haa, masa papan iklan ni viral, kami yakin mesti korang akan persoalkan adakah ini marketing semata atau memang betul-betul kena hijack?

Surprise, surprise, sebenarnya ia adalah gimik semata untuk memperkenalkan kempen Gemini, bertujuan untuk beritahu yang pengguna boleh #TalkNotType dengan Gemini Live, sebuah ciri AI pada siri Samsung Galaxy S25. 

Kalau korang nak tahu, Gemini adalah sebuah Model AI termaju yang tersedia pada siri Samsung Galaxy S25, di mana korang boleh berinteraksi melalui arahan suara, teks, dan juga kamera, serta boleh digunakan dengan lancar merentasi aplikasi tau. 

Sebagai contoh, kalau korang nak cari restoran atau cafe viral, korang dah tak perlu susah-susah cari di media sosial, guna saja Gemini dan ia akan menyediakan senarai tempat untuk korang. 

Psst, korang juga boleh minta Gemini untuk hantar senarai atau informasi kepada kawan-kawan dan keluarga korang tau. Senangkan kalau macam tu!

Bukan itu saja, apa yang best dan bagi kami highlight utama pada Gemini ini adalah Gemini Live, di mana ia adalah cara baru untuk korang bersembang dengan Gemini menggunakan suara, sama seperti korang bersembang dengan kawan-kawan. 

Korang bukan setakat boleh bertukar-tukar idea dan informasi, malah, korang juga boleh berlatih untuk menguasai bahasa baru, minta tolong ringkaskan artikel yang panjang, malah korang juga boleh tanya macam-macam soalan yang tidak masuk akal! Macam video bawah ini:

Haa, kalau korang pun ada rasa curiosity yang tinggi macam isawkwardguy ni, korang boleh cuba sendiri tanya soalan-soalan tak masuk akal kepada Gemini. 

Psst, siri Samsung Galaxy S25 akan mendapat Gemini Advanced secara PERCUMA selama 6 bulan tau. 

Gemini

Jadi, kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang Gemini, pastikan korang hadir ke acara pelancaran Samsung AI Talkspot di The Starhill, Kuala Lumpur pada 21 hingga 27 Mei 2025. 

Tak tahu macam mana nak pergi ke The Starhill, Kuala Lumpur? Haa, ini lah masanya untuk menggunakan Gemini, mereka siap beri alamat dan pengangkutan awam yang boleh digunakan untuk ke sana.

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Ahmad Zakwan
Zakwan kini memfokuskan tugasan penulisan artikel pemasaran di Oh! Media, menghasilkan kandungan yang informatif dan relevan untuk menyokong strategi pemasaran yang berkesan.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas