Connect with us

Oh! Media

Samsung Galaxy Ring Kini Di Malaysia, Tapi Tak Boleh Beli Terus Macam Biasa!

Ohmedia galaxy Ring Om

Branded

Samsung Galaxy Ring Kini Di Malaysia, Tapi Tak Boleh Beli Terus Macam Biasa!

Samsung Galaxy Ring akhirnya dilancarkan secara rasmi di Malaysia! Cincin pintar ini bukan sekadar aksesori biasa.

Ia dicipta khas untuk mereka yang ambil berat tentang kesihatan dan gaya hidup aktif, tapi tak mahu pakai jam tangan sepanjang masa.

Nampak Ringkas Tapi Power

Galaxy Ring

Walaupun saiznya kecil dan ringan (antara 2.3g hingga 3.3g), Galaxy Ring sarat dengan teknologi. Ia boleh menjejak kadar denyutan jantung, tahap oksigen dalam darah, suhu badan dan pergerakan harian seperti berjalan atau berlari. 

Thumb 007 lifestyle galaxy zflip6 blue watch7 silver ring titaniumgold

Paling menarik, fungsi pemantauan tidur yang lebih selesa berbanding jam pintar, sebab Galaxy Ring direka untuk dipakai tanpa gangguan sepanjang malam.

Cincin ni juga boleh disambungkan ke aplikasi Samsung Health untuk akses kepada laporan tidur, tip kesihatan dan fungsi pengesan berdengkur (dengan bantuan telefon yang sedang dicas berdekatan).

Bateri Tahan, Gaya Pun Menarik

Bergantung pada saiz, bateri boleh bertahan antara empat hingga tujuh hari. Ia juga datang dengan bekas pengecas khas yang boleh beri tambahan kuasa, bateri penuh pula memerlukan masa lebih kurang sejam setengah pengecasan. 

Galaxy Ring ni juga kalis air dan debu dengan penarafan 10 ATM dan IP68, jadi korang tak perlu risau nak pakai masa mandi atau berenang.

Galaxy Ring K 1

Korang juga boleh pilih warna mengikut gaya korang dengan Samsung menawarkan tiga kemasan warna menarik iaitu Titanium Black, Titanium Silver dan Titanium Gold, dalam 10 saiz berbeza (saiz 5-14).

Nak Beli? Ada Proses Khas, Tak Sama Macam Beli Phone!

Harga rasmi Galaxy Ring di Malaysia ialah RM2,099. Tapi buat masa ini, pembeliannya terhad untuk pengguna siri Galaxy Z dan Galaxy S terpilih sahaja, mereka yang layak akan dapat kod jemputan melalui aplikasi Samsung Members bermula 9 sehingga 30 April 2025.

Kalau korang antara yang bertuah, korang perlu ke Samsung Experience Store untuk cuba saiz dan warna yang sesuai, kemudian buat tempahan melalui aplikasi.

Setiap cincin dibuat ikut pesanan dan ambil masa lebih kurang enam minggu untuk siap dan dihantar.

Nikmati Saringan Kesihatan & Hadiah Eksklusif Dari Samsung

Istimewa pelancaran Galaxy Ring di Malaysia, Samsung Malaysia turut bekerjasama dengan Sunway Medical Centre untuk promosi kesihatan, di mana 100 pembeli pertama pakej saringan terpilih boleh dapat diskaun 50% dan bawa pulang Galaxy Ring atau Galaxy Fit 3 secara percuma.

Maklumat lanjut layari KLIK SINI.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Mastura Zulkafli
Mastura adalah Ketua Penulis Editorial sepenuh masa di Oh! Media, pakar dalam menyampaikan artikel pemasaran dengan gaya yang santai namun penuh informasi, memastikan setiap kandungan mudah difahami dan relevan untuk pembaca.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas