Connect with us

Oh! Media

“Nak Tengok Ke Saya Pakai Crop Top?” – Cik B Respon Isu Berpakaian ‘Boyish’

Ohmedia cikb Boyish

Oh! Artis

“Nak Tengok Ke Saya Pakai Crop Top?” – Cik B Respon Isu Berpakaian ‘Boyish’

Cik B akui lebih selesa memilih pakaian ikut keyakinan diri.

Baru-baru ini, pempengaruh popular Cik B menerima kritikan netizen mendakwa sering berpakaian seperti lelaki di program Talk To My Manager 2 (TTMM2).

BACA: “Okay Lah, Nanti Lah Cik B Diet” – Netizen Geli Hati Baca Komen Cik B

Namun, Cik B menerusi laporan Gempak menafikan dakwaan itu berkata, pakaian yang digayakannya sebenarnya adalah busana uniseks yang boleh dipakai oleh lelaki dan wanita.

IKLAN

Cik B jelaskan salah faham netizen

Cik B

Menurut Cik B lagi, isu berimej ‘boyish’ mungkin timbul disebabkan rambutnya yang dipotong pendek. Tetapi dari segi pakaian, dia membuat pilihan berdasarkan keselesaan dan keyakinan apabila tampil di pentas.

Sebenarnya saya berpakaian mengikut keselesaan. Saya ini sudahlah berbadan besar, nak tengok ke saya pakai crop top? Untuk persembahan minggu keempat ini saya memakai skirt, jadi perlahan-lahan lah berubah.

Di sebalik kecaman yang diterima anak usahawan Datuk Seri Vida ini, ramai juga yang tampil mempertahankan Cik B berpendapat setiap individu mempunyai hak untuk berpakaian mengikut keselesaan masing-masing.

Pssttt! Setiap orang ada gaya dan keyakinan tersendiri dalam berpakaian. Selagi tidak melanggar batas dan masih sopan, rasanya tiada salah untuk seseorang tampil dengan imej yang membuatkan mereka selesa dan yakin dengan diri sendiri.

Kredit: Gempak
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas