Trending
Anggota Tentera Israel Berdepan Masalah Mental Serius, Ribuan Diberhentikan
Ribuan lagi anggota tetap turut dipindahkan daripada tugasan tempur.
Di sebalik konflik yang masih berterusan, satu demi satu kesan mula muncul dalam kalangan anggota tentera Israel sendiri.
Bukan lagi sekadar keletihan biasa, tetapi ramai kini dilaporkan mengalami tekanan mental serius sehingga ada yang tidak mampu meneruskan perkhidmatan.
Lebih 7,000 anggota dilapor tak mampu terus berkhidmat

Situasi itu didakwa semakin memburuk apabila ribuan anggota tentera terpaksa dilepaskan daripada tugas akibat masalah psikologi yang dialami sepanjang operasi ketenteraan berlangsung.
Memetik laporan Sinar Harian yang mengambil sumber daripada media Israel, Haaretz, seramai 7,241 pegawai dan anggota tentera Israel telah diberhentikan secara kekal atas faktor psikiatri.
Bukan itu sahaja, ribuan lagi anggota tetap turut dipindahkan daripada tugasan tempur selepas mengalami tekanan melampau dan gangguan mental serius.
Menurut sumber perubatan dalam Jabatan Kesihatan Mental tentera Israel, peningkatan kes psikologi dalam kalangan anggota mula dikesan selepas Oktober 2023.
Ramai anggota yang pernah terlibat dalam operasi ketenteraan dilaporkan enggan kembali ke medan tempur kerana trauma yang masih menghantui mereka.
Dalam masa sama, timbul dakwaan bahawa pihak tentera Israel cuba mengelakkan pendedahan penuh berkaitan keadaan sebenar yang sedang berlaku.
Pssttt! Bila mental mula runtuh, kesannya bukan sahaja terhadap tugas, tetapi juga kehidupan seseorang secara keseluruhan.
Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27
OH! MEDIA 22 hours ago