Oh! Tidak
Polis Tahan Pemandu Proton Inspira, Siasat Kes Kemalangan Tiga Kenderaan Di NKVE
Tular kemalangan tiga kenderaan di NKVE, kereta terbabas di lorong kanan jadi punca.
Tular di media sosial sejak semalam rakaman video menunjukkan kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Kilometer 28, Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) menghala ke Tol Duta.
Dalam video yang dirakam saksi itu, sebuah Proton Inspira dipercayai terbabas sebelum berhenti melintang di lorong kanan dan dirempuh sebuah Proton Wira yang gagal mengelak.
Polis sudah tahan pemandu Proton Inspira
Pelanggaran menyebabkan Proton Inspira berpusing ke tengah jalan dan dirempuh Toyota Hilux.
Terbaru, Harian Metro melaporkan, pemandu Proton Inspira berusia 26 tahun sudah berjaya ditahan bagi membantu siasatan lanjut.
View on Threads
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, polis kini sedang mengenal pasti punca sebenar kenderaan itu terbabas.
Semua pemandu yang terlibat dilaporkan mengalami kecederaan ringan. Namun, ketiga-tiga kenderaan mengalami pelbagai kerosakan dengan Toyota Hilux rosak pada bahagian bumper belakang, sensor undur, bonet hadapan, bumper hadapan dan tangki air.

Proton Wira pula mengalami kerosakan pada bumper, bonet serta lampu hadapan kiri dan kanan manakala keadaan Proton Inspira masih dalam siasatan pihak polis.
Kes kini disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan polis sedang meneliti rakaman CCTV di lokasi kejadian selain mengambil keterangan saksi.
Pssttt! Malang tak berbau, beberapa saat je sudah cukup untuk menyebabkan kemalangan besar berlaku.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27
OH! MEDIA 08/05/2026 8:30 PM