Oh! Negara
Tan Sri Terkemuka Didakwa Pecah Amanah RM10.55 Juta BNM
Bekas pengerusi SAC BNM didakwa pecah amanah RM10.55 juta, mengaku tidak bersalah di mahkamah.
Nama besar dalam dunia kewangan Islam negara kini jadi perhatian apabila Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar didakwa di mahkamah atas kes pecah amanah. Kes ini bukan biasa-biasa sebab jumlah yang terlibat mencecah RM10.55 juta.
Ohmedia tengok kes ni memang berat apabila beliau bersama seorang lagi pengarah syarikat, Datuk Norliza Tajudin, berdepan tujuh pertuduhan dan kedua-duanya memilih untuk melawan kes di mahkamah.
Bekas pengerusi BNM didakwa pecah amanah jutaan ringgit

Mohd Daud yang juga bekas Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia dan Norliza mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di Mahkamah Sesyen.
Mereka didakwa terlibat dalam pecah amanah membabitkan wang milik individu, koperasi dan syarikat.
Faham, minta dibicarakan.- Katanya.
Antara pihak terlibat termasuk Moideen Kunjayu, Koperasi Perumahan Sentul Pasar Kuala Lumpur Berhad, Datuk Dr Mashitah Ibrahim dan Myad Kapital Sdn Bhd. Jumlah keseluruhan yang dikaitkan pula mencecah RM10.55 juta.
Wang digunakan tidak ikut kontrak

Menurut pertuduhan, kedua-dua tertuduh bertindak sebagai ejen kepada syarikat Energy Eco Sdn Bhd yang diamanahkan menguruskan dana pelabur.
Namun, wang tersebut didakwa digunakan secara tidak jujur dan melanggar kontrak yang telah dipersetujui.
Perjanjian itu menetapkan dana hanya boleh digunakan untuk pembiayaan pembinaan serta pengembangan kapasiti pengeluaran perniagaan sarung tangan, selaras dengan pematuhan syariah.
Kesalahan didakwa berlaku antara 2021 hingga 2024

Kes ini dikatakan berlaku antara 22 Jun 2021 hingga 12 Mei 2024 melibatkan akaun di Maybank Islamic Berhad dan RHB Islamic Bank Berhad. Tempoh yang panjang ini menunjukkan kes ini bukan berlaku sekali, tetapi berulang dalam beberapa fasa.
Jika sabit kesalahan, kedua-dua tertuduh boleh berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun, sebatan dan juga denda.
Pssttt! Dalam dunia kewangan, amanah tu bukan benda kecil. Korang kalau melibatkan duit orang lain, pastikan semuanya telus dan ikut perjanjian. Sekali hilang kepercayaan, susah nak dapat balik.
Kredit: Berita Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27
OH! MEDIA 08/05/2026 8:30 PM