Connect with us

Oh! Media

Pengangkutan Awam Ke Atau Miliki Kenderaan Sendiri Lagi Efisyen Di Malaysia?

Oh! Youtube

Pengangkutan Awam Ke Atau Miliki Kenderaan Sendiri Lagi Efisyen Di Malaysia?

Kenderaan sangat penting untuk setiap individu kerana berfungsi untuk kita bergerak dari satu tempat ke satu tempat. Kini, kenderaan awam juga telah banyak digunakan bagi individu lebih-lebih lagi di kawasan Kuala Lumpur. Perkhidmatan LRT, MRT atau BRT memudahkan individu untuk menggunakannya.

ADVERTISEMENT

Penggunaan pengangkutan awam dan sendiri, masing-masing ada kelebihan dan kekurangannya bergantung kepada setiap individu untuk memilihnya. Pilihan antara nak gunakan pengangkutan awam atau sendiri bergantung kepada pelbagai faktor termasuk lokasi dan kos perbelanjaan. Terdapat beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan apabila membuat keputusan ini bagi setiap individu.

Pemilihan lokasi menjadi faktor bagi kita untuk membawa kenderaan sendiri atau menggunakan pengangkutan awam ke sesuatu tempat. Jika anda tinggal di bandar yang besar seperti Kuala Lumpur yang mempunyai sistem pengangkutan awam baik, maka penggunaan pengangkutan awam adalah lebih praktikal dan ekonomi kerana lebih cepat dan mudah untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas.

Kemudahan perjalanan perlu dipertimbangkan dalam pemilihan ini kerana jika anda perlu melalui perjalanan jauh seperti balik kampung, kerja luar lokasi lebih baik membawa kenderaan sendiri untuk memudahkan perjalanan ketika membawa banyak barang dan dapat mengatur perjalanan dengan lebih fleksibel. Bukan itu sahaja, pengangkutan sendiri juga dapat membantu anda bergerak kemana sahaja pada waktu sendiri tanpa perlu terkejar-kejar mengikut jadual perjalanan seperti pengangkutan awam.

Kos juga menjadi faktor dalam pemilihan pengangkutan awam atau sendiri. Pengangkutan  awam bukan sahaja menjimatkan kos kewangan malah menjimatkan tenaga dan masa. Sebagai contoh MyRapid telah melancarkan My50 kad yang merupakan akses tanpa had selama 30 hari setiap bulan untuk pengguna MRT, LRT dan BRT. Kos pengangkutan sendiri pula bergantung kepada bajet bulanan anda dari segi penyelenggaraan dan minyak setiap bulan atau bergantung kepada keadaan. Jadilah pengguna pengangkutan yang bijak dalam mengatur perjalanan anda tidak kira jauh atau dekat. 

Kredit penulis: Sabrina | [email protected]

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...

Lagi dalam kategori Oh! Youtube

Ke Atas