Connect with us

Oh! Media

Siapa Sebenarnya Dr Muhaya Muhamad? Pakar Mata Pertama Asia Tenggara

Oh! Inspirasi

Siapa Sebenarnya Dr Muhaya Muhamad? Pakar Mata Pertama Asia Tenggara

Sebelum ini nama pakar motivasi, Datuk Profesor Dr Muhaya Muhamad tiba-tiba menjadi panas apabila ramai yang salah faham dengan kenyataan wanita kena jadi ‘bodoh-bodoh sikit ketika mengupas topik mengenai wanita lambat bertemu jodoh.

ADVERTISEMENT

Isu ini bagaimanapun selesai selepas Dr Muhaya memberikan penjelasan dan ramai pihak turut memahami isi tersirat yang cuba disampaikan Dr Muhaya.

Cukup tentang isu lepas, sekarang Ohmedia nak cerita pula siapa Dr Muhaya sebenarnya. Mungkin ramai yang mengenali beliau dan mungkin juga tidak.

Latar Belakang

Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad berasal dari Kampung Ladang, Kuala Terengganu dan dilahirkan pada 1 Disember 1958. Beliau sudah lama berkahwin dengan Dr Azmi Jamion yang memiliki sebuah klinik sendiri dan dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan yang juga bergelar Doktor. Hebat-hebat keluarga Dr Muhaya ni.

Pendidikan

Dr Muhaya telah melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk Ijazah Sarjana Muda Perubatan pada tahun 1980 – 1985. Beliau kemudian melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana Surgeri Oftalmologi UKM pada tahun 1991.

Kemudian beliau ke National University of Singapore pada tahun 1998 dan mendapatkan PhD dalam bidang Ocular Immunology di University London.

Ibu bapa Dr Muhaya bercerai dan bapa kawin baru

Sekitar tahun 1976, Dr Muhaya telah diuji apabila ibu bapanya berpisah pada ketika dia hanya ada 3 bulan lagi sebelum peperiksaan Malaysian Certificate of Education (MCE).

Selepas itu, beliau turut berasa kecewa apabila mendapat berita yang perkahwinan kali kedua bapanya. Apapun, Dr Muhaya mengingati pesanan dan nasihat bapanya. “Jangan menjadikan perpisahan kedua orang tua sebagai penghalang kepada kejayaan”.

Kerjaya dan kepakaran Dr Muhaya

Beliau mendapat gelaran Profesor Oftalmologi AUCMS, Pakar Inspirasi dan Kolumnis Majalah, Pakar Perunding Mata dan Pengarah Pusat Lasik dan Mata, Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.

Dr Muhaya juga adalah pakar perunding mata pertama di Asia Tenggara yang menggunakan prosedur lasik dengan mesin Vismax Femtosecond yang termoden tanpa menggunakan pisau sepenuhnya.

Nama beliau semakin dikenali selepas berjaya menangani masalah ‘uveitis’ radang mata yang kebiasaannya menyerang individu berusia 15 hingga 40 tahun. Ia boleh terjadi pada kedua-dua mata atau salah satunya. Sekiranya ia terjadi, berkemungkinan pesakit untuk buta adalah tinggi. Tiada doktor yang berjaya menangani uveitis sebelum ini, namun Datuk Prof Dr Muhaya telah berjaya menangani masalah tersebut selepas melanjutkan pengajian di peringkat doktor falsafah di London.

Keluarga vs kerjaya

Beliau dan suami, Dr Azmi Jamion memutuskan untuk hidup bersama sewaktu masih belajar di tahun kedua peringkat Ijazah Pertama Perubatan, UKM. Disebabkan berjauhan dengan keluarga, mereka membuat keputusan ini untuk sama-sama fokus dalam bidang pengajian masing-masing.

Sering meluangkan masa menelaah buku masakan kegemarannya yang ditulis oleh Permaisuri Agong, Tengku Azizah Maimunah dan Jamie Oliver jika ada masa lapang. Pelbagai resepi masakan telah dicuba untuk dirasai bersama keluarga tersayang. Memasak antara salah satu perkara yang memberi kepuasan kepada dirinya.

Untuk pengetahuan, di peringkat antarabangsa, Dr Muhaya telah dinobatkan sebagai wanita Islam pertama diiktiraf sebagai ahli Fellow Royal College Of Surgeons (FRCS) Edinburgh. Pada tahun 2005 pula, Akademi Oftalmologi Asia Pasifik menganugerahkan Hadiah Perkhidmatan Unggul Istimewa beliau.

Berikut senarai beberapa anugerah yang pernah diterima

  • Pingat Jasa Negara ( PJN) (2016)
  • Tokoh Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan dan Selangor (2015)
  • Tokoh Ilmuwan Selangor (2010)
  • Anugerah Dakwah Wanita Negara (2015)

Dr Muhaya kini aktif melakukan sesi motivasi di Facebook miliknya dan jika kita boleh ingat kembali, beliau sering mengingatkan kita untuk melakukan transformasi minda dari negatif kepada positi, bersangka baik dan berusaha untuk berubah.

Kredit: Ilabur.com

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Inspirasi

Ke Atas