Connect with us
prof muhaya

Oh! Artis

Diselar Dek Isu Wanita Lambat Dapat Jodoh, Prof Muhaya Mohon Maaf

Penceramah bebas dan juga pakar mata, Datuk Prof Dr. Muhaya Mohamad tampil membuat permohonan maaf secara terbuka susulan daripada tularnya video yang memaparkan dia memberi nasihat mengapa wanita lambat dapat jodoh sehingga menerima kritikan hebat daripada netizen.

Permohonan maaf itu dibuat Muhaya menerusi sebuah hantaran di Instagramnya, semalam.

IKLAN

Dia yang membahasakan diri sebagai Bonda dalam kenyataannya menjelaskan bahawa video tular berdurasi 56 saat itu adalah potongan sesi siaran langsung selamat 45 minit di media sosialnya yang dibuat sekitar 6 Februari lalu.

“Secara terknikalnya, ini adalah video lama. Bagaimanapun Bonda faham klip yang telah disunting kepada 56 saat ini telah menimbulkan pelbagai reaksi kurang senang dalam masyarakat, terutamanya kaum wanita sehingga menimbulkan persoalan, perbalahan dan sangkaan.”

Justeru itu, Muhaya kemudian memohon maaf dan turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mengambil berat tentang isu terbabit termasuklah pihak media.

Terdahulu, sebuah video dari akaun media sosial Prof Muhaya yang mengulas mengenai punca wanita lambat dapat jodoh telah tular di media sosial berikutan kenyataan ‘perlu menjadi bodoh sedikit’ untuk segera mendapat pasangan.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Penulis di Oh! Media berkaitan perihal hiburan dan isu trending di media sosial.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas