Connect with us

Oh! Media

Lori Bawa Durian Terbalik Di Lebuhraya Plus Nilai

lori durian terbalik

Trending

Lori Bawa Durian Terbalik Di Lebuhraya Plus Nilai

Sebuah lori dengan muatan durian yang sedang menuju ke Kuala Lumpur dari Segamat, Johor terbalik dalam nahas di Kilometer (Km) 279.9 Lebuh Raya Utara Selatan (Arah Utara) berhampiran Nilai, dekat sini, tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Nilai, Supt Mohd Fazley Ab Rahman berkata kejadian berlaku kira-kira tujuh km dari kawasan rehat dan rawat (RnR) Seremban sekitar pukul 1.55 tengah hari.

“Kemalangan berlaku apabila sebuah lori muatan durian dipandu lelaki berumur 25 tahun dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari Segamat hilang kawalan dipercayai tayar belakang sebelah kiri pecah.

“Lori berkenaan terbabas dan terbalik di lorong kiri. Pemandu lori dan kelindan masing-masing berumur 25 dan 52 tahun mengalami kecederaan ringan.

“Muatan durian yang dibawa bertaburan di lebuh raya,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Tambah beliau, kes ini akan disiasat oleh Unit Siasatan Lebuhraya Bukit Aman dan dibuka di bawah Rule 10 LN 166/59.

IKLAN

Kredit : HarianMetro

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Arini Saleh Penulis
Penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas