Viral di aplikasi TikTok mengenai inisiatif yang diambil Universiti Pertahanan Awam (UPNM) menghantar beberapa orang pelajar pulang ke Sabah menggunakan pesawat tentera, Airforce.
Difahamkan, khidmat itu diberikan secara percuma disebabkan tiket penerbangan domestik terlampau mahal.
Hantaran yang dikongsikan oleh dayang Najihah memaparkan sekurang-kurangnya 11 pelajar menuju ke Sabah menaiki penerbangan anjuran UPNM.
Pesawat Airbus A400M milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang biasa digunakan untuk jalankan operasi namun kali ini digunakan untuk menghantar semua pelajar balik ke Sabah.
Memetik laporan WeirdKaya, Dayang menjelaskan penerbangan itu adalah perjalanan pergi dan balik dan penumpang hendaklah ikut jadual yang ditetapkan.
Sebagai penumpang, kami perlu mematuhi tarikh dan jadual yang dirancang dan tidak boleh batalkan selepas jadual penerbangan keluar.
Bagaimanapun, dia juga berkata penerbangan ini tidaklah selesa seperti penerbangan biasa namun dia bersyukur kerana dapat pulang ke kampung halaman.
Tambahnya, dia berharap orang ramai tidak mengambil serius dengan inisiatif yang dilakukan.
Saya harap orang di luar tidak mengambil inisiatif UPNM ini terlalu serius. Kami, pelajar UPNM, adalah sebahagian daripada kerjasama MINDEF, jadi Naib Canselor kami, YBhg. Leftenan Jeneral Datuk Mardzuki Muhammad, secara rasmi meminta penerbangan bantuan untuk musim perayaan, dan kami berharap dapat menerima maklum balas positif mengenai UPNM daripada orang lain.
Hantaran TikTok ini raih lebih 19.5 ribu likes dan 1231 shares yang rata-ratanya terharu dengan inisiatif UPNM.