Connect with us

Oh! Media

Oh! Inspirasi

Kisah Inspirasi Tiga Pejuang Kanser Payudara, Keluarga Dan Rakan Penguat Semangat!

Bagi seorang pesakit kanser, sistem sokongan yang padu amat diperlukan dalam menaikkan semangat mereka melawan penyakit.

Sokongan dari segi moral sangat penting agar pesakit tidak mudah berasa tertekan dan berputus asa.

IKLAN

Di Malaysia, kanser payudara merupakan antara pembunuh senyap wanita yang utama. Apabila disahkan menghidap barah ini, kebanyakan pesakit akan putus harapan dan tidak berdaya.

Tambahan pula apabila kebanyakan daripada masyarakat kita mempunyai stigma berasa malu untuk membincangkan mengenai penyakit ini secara terbuka.

Di sini, kami nak kongsi kisah inspirasi tiga pesakit kanser daripada NGO di  University Malaya Medical Centre (UMMC) yang dikenali sebagai The Candy Girls.

Keluarga sentiasa ada bersama Phyllis Yeoh

Kisah perjuangan pemandu e-hailing, Phyllis Yeoh bermula apabila dia disahkan menghidap kanser lebih sedekad yang lalu.

Phyllis didiagnos dengan kanser payudara BRCA2. Sesiapa yang mewarisi varian berbahaya dalam BRCA2 ini cenderung untuk menghidap kanser pada usia lebih muda.

Perjuangan kanser yang dilaluinya agak melelahkan. Dia perlu berehat selama 6 hari berturut-turut setiap kali selesai rawatan.

Namun, kasih sayang dan sokongan daripada keluarga membuatkan Phyllis kuat menempuh ujian. Dari hari pertama pemeriksaan, ibu bapanya sentiasa ada di sisinya.

Mahu turut berbakti kepada pesakit kanser yang lain, Phyllis berkata sewaktu dia menjadi pemandu Grab, dia bangun seawal jam 6 pagi. Dia menghantar pesakit ke hospital tanpa mengambil sebarang bayaran.

Dengan penuh senyuman, Phyllis berbangga dapat menempuhi dugaan dengan baik dan membantu mereka yang memerlukan.

Cikgu Nora kuat demi anak

Perjalanan pejuang kanser, Cikgu Nora bermula pada Mei 2020. Ketika itu, negara sedang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Selalunya saya akan buat pemeriksaan rutin di bilik air waktu mandi. Saya dapati ada ketulan di payudara kanan.

Imbasan mammogram menunjukkan benjolan tersebut berukuran 2cm. Dia kemudiannya didiagnosis kanser payudara antara tahap 1 dan tahap 2.

Sebagai seorang isteri dan ibu, Cikgu Nora menjadikan keluarganya pendorong utama untuknya terus kuat. Dia merujuk kepada UMMC dan doktor mencadangkan agar dia menjalani beberapa kaedah rawatan kanser.

Mengakui hampir berputus asa, perjuangan melawan kanser Cikgu Nora adalah panjang dan sukar. Walaubagaimanapun, keluarga dan rakan-rakan adalah penguat Cikgu Nora untuk terus melangkah.

Dia berjaya melakukan pembedahan membuang ketulan yang ada di payudara dan menghabiskan baki rawatan kimoterapi.

Kita kena bertindak cepat. Di peringkat awal kanser ianya boleh dirawat. Jangan takut buat kimoterapi.

Cikgu Nora menasihati para wanita agar segera mendapatkan rawatan lanjut jika ada sebarang ketulan di payudara.

“Saya hampir lumpuh” – Lim Chiou Ling

Bagi Lim Chiou Ling pula, pengalaman serangan strok beberapa tahun sebelum disahkan menghidap kanser membuatkan dia kuat untuk bangkit.

Serangan strok yang dialaminya membuatkan dia sukar untuk berjalan dan bercakap, dia hampir lumpuh.

Tapi saya kuat. Saya pergi rawatan fisioterapi dan berjalan semula.

Tak mengapa jika hidap kanser, hidup perlu diteruskan. Kita boleh jadi lebih gembira dari sebelumnya.

Kata Chiou Ling lagi, pengalaman jatuh sakit banyak mengajarnya erti ketabahan menempuh ujian hidup. Hanya dengan mendapatkan rawatan dengan konsisten, dia berjaya untuk berjalan, makan dan bercakap semula.

Begitu juga apabila disahkan hidap kanser payudara, dia perlu melakukan hal yang sama.

Katanya, The Candy Girls banyak membuka ruang kepadanya menimba pengalaman baharu. Dia berpeluang untuk mendaki Gunung Kinabalu dan menyertai maraton dengan rakan-rakan kumpulan itu.

Untuk pengetahuan anda, The Candy Girls merupakan kumpulan sokongan untuk pejuang kanser payudara. Mereka banyak menganjurkan program untuk memberi semangat dari segi fizikal, mental dan sosial kepada para pesakit.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Editor-In-Chief. Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Inspirasi

Oh.. Hai awak 👋
Trending terus kepada anda

Rangkuman ini akan mengumpulkan semua berita pilihan penulis yang popular setiap hari dan terus dihantarkan kepada anda. Ianya percuma!

Kami tidak akan spam! Baca privacy policy kami.

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas