Connect with us

Oh! Media

“Indahnya Toleransi” – Lawatan Ustaz Ebit Lew Di Gereja Brazil Curi Perhatian Ramai

Oh! Inspirasi

“Indahnya Toleransi” – Lawatan Ustaz Ebit Lew Di Gereja Brazil Curi Perhatian Ramai

Baru-baru ini, pendakwah bebas, Ebit Lew telah berlepas ke Brazil untuk khuruj atau keluar berdakwah bagi meneruskan kerja-kerja dakwahnya ke negara itu.

ADVERTISEMENT

BACA: Ebit Lew Hadiah Tiket Dan Pakej Umrah Buat Ibu Bapa Allahyarham Zulfarhan

Perkara tersebut dikongsikan olehnya di laman media sosial selain turut memohon orang ramai agar mendoakan keselamatan perjalanannya dalam misi dakwah terbaharu itu.

Doakan khuruj ke Brazil. Semoga menjadi asbab kebaikan dan hidayah.

Walaupun sebelum ini Ebit Lew pernah menerima kritikan daripada beberapa badan bukan kerajaan (NGO) serta pihak pendakwah, namun perkara tersebut tidak sedikit pun menghalang misi dakwah serta bantuannya sehingga kini.

Ziarah gelandangan di Sao Paolo, salur bantuan makanan

Menerusi perkongsiannya di laman Instagram, Ebit Lew telah menziarahi di salah satu kawasan di Sao Paolo, Brazil pada waktu malam bagi memberikan bantuan makanan kepada para gelandangan.

Menurutnya, dia berasa sebak melihat ramai dalam golongan tersebut yang tidak mampu meneruskan hidup untuk sewa rumah dan terpaksa mendirikan khemah dari plastik sebagai tempat berteduh.

Begitulah kehidupan. Ditengah Bandar besar ramai tidak mampu meneruskan hidup untuk sewa rumah. Jadi ramai hidup dijalanan dengan membuat khemah dari Plastik dan tutup-tutup begitu sahaja.

Selain itu, pendakwah tersebut turut memuji sikap mereka yang sering mengucapkan terima kasih dalam bahasa mereka serta dan sentiasa mesra ketika menerima sumbangan.

Dalam catatan terbaharunya di laman Facebook, Ebit Lew dilihat sekali lagi hadir ke kawasan tersebut keesokan harinya bagi meneruskan misi menyalurkan bantuan.

Dia juga sempat ‘menitiskan air mata’ melihat ratusan orang termasuk anak kecil yang berpusu-pusu beratur untuk mengambil makanan.

Sebak rasa bila beratus orang termasuk anak kecil beratur ambil makanan. Hampir semua akan minta dua sebab dalam khemah mereka ada lagi ahli keluarga yang lain.

Ebit Lew lawat Gereja, raih perhatian ramai pihak

Selain dari memberikan bantuan makanan, pendakwah berusia 36 tahun itu dilihat sempat menziarahi sebuah Gereja Besar yang terletak di Sao Paolo.

Menurutnya, dia berasa terharu apabila mendapat layanan yang baik dari pihak Paderi selain turut melakukan sesi ramah mesra serta saling bertukar pendapat dalam sebuah program kemasyarakatan.

Dalam pada itu, Ebit juga sempat melakukan sesi ‘peluk-pelukan’ mesra bersama Paderi tersebut sambil terpancar senyuman antara mereka bertiga. Masya Allah!

erharu dapat layanan baik dari Paderi di Gereja Besar di Sao Paolo Brazil. Berbual dan bertukar pendapat dalam program kemasyarakatan. Tadi saya ada program menyantuni homeless di depan Gereja. Semoga menjadi asbab kebaikan.

Menjengah pada ruangan komen, rata-rata netizen juga turut memuji misi kemanusiaan serta sikap mesra pendakwah tersebut walaupun berbeza dari segi agama serta bangsa.

Setakat ini perkongsiannya itu telah mencapai lebih dari 900,000 jumlah tontonan serta mendapat 203,222 tanda suka.

Kredit: Instagram dan Facebook Ebit Lew

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Inspirasi

Ke Atas