Connect with us

Oh! Media

Ebit Lew Hadiah Tiket Dan Pakej Umrah Buat Ibu Bapa Allahyarham Zulfarhan

Cover Photo Om 1200 X 675   2021 11 29t221212889

Oh! Inspirasi

Ebit Lew Hadiah Tiket Dan Pakej Umrah Buat Ibu Bapa Allahyarham Zulfarhan

Tragedi menimpa bekas pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Allahyarham Zulfarhan Osman, diakui meninggalkan kesan yang sangat mendalam.

Sehingga ke hari ini, rakyat Malaysia masih tidak dapat melupakan kejadian kejam yang berlaku ke atas arwah.

BACA: Ibu Allahyarham Zulfarhan Trauma Nak Lepaskan Anak Lain Sambung Belajar

IKLAN

Penceramah bebas, Ebit Lew hari ini berkesempatan berkunjung ke kediaman keluarga Allahyarham di Skudai Johor. Dan sempena hari jadi arwah pada 29 November, Ebit berhajat menghadiahkan tiket dan pakej umrah buat kedua ibu bapanya.

Ebit Lew

Ebit atau nama sebenarnya Ebit Irawan bin Ibrahim Lew sangat bersyukur apabila kedua-duanya menerima hajatnya itu dengan gembira.

Ketika kunjungan itu, Ebit Lew mendapat tahu arwah merupakan juniornya di Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru.

Sebak sayu rasa ziarah mak ayah Arwah Zulfarhan UPNM. Selepas Subuh tadi saya terus ke Skudai Johor. Hari ini hari lahir arwah. 29 Nov. Saya niat hadiahkan tiket dan pakej umrah buat mak ayahnya Disember ini. Syukur mereka gembira menerimanya.

Jelas Ebit Lew lagi, semasa Zulfarhan masih ada, dia turut bercita-cita membawa kedua orang tuanya ke Tanah Suci. Walaupun sudah empat tahun berlalu, mereka terasa anaknya itu sentiasa dekat.

Sepanjang berbual dalam senyuman kedua ibubapanya asyik mengalir air mata. Sempat ziarah sekolah tempat maknya bekerja berjumpa guru dan rakan pejabatnya. Ayahnya bekerja bawa teksi. Baik sangat kedua mak ayahnya. Lemah lembut orangnya.

Di kesempatan itu, penceramah ini berdoa agar kedua ibu bapa Zulfarhan sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT dan diberi kekuatan melalui ujian hidup yang diakui sangat berat.

Perkongsian penuh:

Kredit: Ebit Lew

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Inspirasi

Ke Atas