Connect with us

Oh! Media

“Saya Dah Besar Sekarang, Tak Percaya” – Gadis 18 Tahun Sebak Akhirnya Dapat Telefon Pertama Selepas SPM

Oh! Inspirasi

“Saya Dah Besar Sekarang, Tak Percaya” – Gadis 18 Tahun Sebak Akhirnya Dapat Telefon Pertama Selepas SPM

Tak dinafikan, zaman sekarang ni telefon pintar merupakan satu keperluan bukan jer untuk berhubung dengan ahli keluarga atau rakan-rakan. Tetapi telefon digunakan untuk tujuan pembelajaran di sekolah.

ADVERTISEMENT

BACA: Lepas Berbincang Dan Solat Istikarah, Ini Pilihan Sekolah Anak Sheikh Muszaphar

Memang jarang sangatlah budak-budak sekarang ini tak ada telefon sendiri kan? Kalau bukan ibu bapa yang hadiahkan, mereka sanggup kumpul duit untuk memilikinya.

Ha, korang masih ingat tak bila korang dapat telefon pertama? Apa perasaan korang masa tu?

Viral di TikTok, 18 tahun baru ada telefon sendiri

Seperti kisah ini, seorang remaja 18 tahun tak dapat menahan perasaan sebak apabila menerima hadiah telefon daripada bapanya selepas tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

telefon

Menerusi satu rakaman video yang dimuat naik bapa di TikTok, anak perempuannya dikenali sebagai Nasuha menjerit kegembiraan melihat hadiah iPhone tersebut.

Selama 18 tahun, saya menunggu telefon saya sendiri. Saya memegang telefon saya sendiri sekarang, ini telefon saya. Saya dah besar sekarang, tak percaya ini milik saya.

Nasuha tak dapat menahan air mata kerana terlalu terharu dan tak percaya akhirnya memiliki telefon sendiri.

@profmas_positive Apabila Nasuha dapat h/phone sendiri selepas tamat SPM 🤣 #profmas #psikologi #psikologiindonesia #kesihatanmental #keibubapan #spm #foryoupage ♬ original sound – PROF MAS POSITIVE 💕🌷

Menerusi temubual bersama WeirdKaya, Prof. Mas meluahkan pandangannya mengenai larangan memberikan anak-anak telefon pada usia muda.

Anak-anak kongsi telefon untuk pembelajaran

Katanya, Nasuha merupakan anak ke 4 daripada 5 adik beradik. Kelima-lima anaknya tak ada telefon sendiri sehinggalah tamat peperiksaan SPM.

telefon

Beliau bersyukur anak-anak dan isteri mendengar kata dan rela hati percaya mereka boleh berkongsi telefon pintar dengan ibu bapa ketika masih kecil.

Semua komunikasi di WhatsApp dan maklumat sekolah anak-anak dalam telefon ibu bapa.

Namun, memahami keperluan telefon pintar semasa pandemik COVID-19 agak mendesak, Prof. Mas membeli telefon khas untuk keluarganya.

Nasuha, Nurin, Aqilla dan Yaya yang ketika itu masih bersekolah berkongsi telefon yang sama untuk penerangan dan kumpulan perbincangan sekolah.

Tiada telefon peribadi sehingga tamat SPM. Hanya selepas tamat SPM, saya menghadiahkan anak-anak dengan telefon. Saya sayang semua anak saya.

Video itu telah mendapat lebih 1.6 juta tontonan dengan 166 ribu tanda suka dan 3.5 ribu komen. Ketabahan Nasuha tak mendapat telefon sehingga umur 18 tahun mendapat penghormatan daripada netizen.

Kredit: WeirdKaya I TikTok: @profmas_positive

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Inspirasi

Ke Atas