Connect with us

Oh! Media

CEO PHB Dipersoal Terima Bonus RM210,000 Walaupun Hanya Capai 42 Peratus KPI

Ohmedia phb ceo dapat bonus

Oh! Negara

CEO PHB Dipersoal Terima Bonus RM210,000 Walaupun Hanya Capai 42 Peratus KPI

Datuk Mas Ermieyati Samsudin, Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) menggesa siasatan dilakukan ke atas amalan tadbir urus di Pelaburan Hartanah Bhd (PHB).

Ini berikutan terdapat pendedahan mengatakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat tersebut menerima bonus sebanyak RM210,000 meskipun PHB hanya mencapai 42% daripada petunjuk prestasi utama (KPI) yang ditetapkan.

Kontroversi bonus CEO dan perbelanjaan syarikat tersebar

Image

Memetik laporan New Straits Times, PHB pada awalnya merancang percutian mewah di luar negara untuk pekerjanya. Namun, rancangan itu dibatalkan selepas mendapat reaksi negatif dari orang ramai di media sosial.

IKLAN

Walaupun menawarkan faedah kepada pekerja boleh meningkatkan semangat, ia merisaukan apabila faedah itu ditarik balik hanya selepas penelitian awam.- Ujar Mas Ermieyati semasa perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2025.

Beliau juga menyuarakan kebimbangan mengenai potensi konflik kepentingan selepas didapati CEO PHB mendermakan RM50,000 kepada bekas sekolahnya, menimbulkan persoalan mengenai etika tadbir urus syarikat.

Tuntutan ketelusan dalam tadbir urus PHB

Mas Ermieyati turut merujuk kepada isu pelaburan yang melibatkan Khazanah Nasional Bhd dan PNB dalam Fashion Valet baru-baru ini, menyatakan bahawa ketelusan PHB juga perlu diperjelaskan. Buat masa ini, PHB masih belum memberi sebarang maklum balas terhadap dakwaan tersebut.

BACA: Fashion Valet Didapati Rugi Sejak Lima Tahun Lepas Sebelum Khazanah Dan PNB Melabur RM47 Juta

#OhmediaNasihat

Ketelusan dalam tadbir urus kewangan sangat penting, terutama bila melibatkan dana awam.

Pengawasan yang ketat dapat memastikan integriti dalam pengurusan serta meningkatkan kepercayaan masyarakat terhadap institusi-institusi penting negara.

Ohmedia phb ceo dapat bonus

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: New Straits Times


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas