Connect with us

Oh! Media

bonus

Oh! Inspirasi

Majlis Dinner Paling Havoc! Bos Bagi Hadiah Kereta, Pakej Umrah Dan Rumah RM800k Buat Pekerja

Tular di media sosial perkongsian video memaparkan majlis makan malam sebuah syarikat yang paling gempak!

Mana tidaknya, dalam majlis itu, majikan menghargai para pekerja cemerlang dengan ganjaran mewah seperti kereta, tajaan umrah dan haji serta rumah bernilai hampir RM1 juta.

IKLAN

Pekerja dapat hadiah rumah, kereta dan pakej umrah serta haji

@kaktiii01

Dinner paling HAVOC sepanjang 4 tahun di JRM! Alhamdulillah penat lelah 2024 dah dapat habuannya… tapi ni belum masuk BONUS🔥✨ #JRMxRHStarNight #bondarozitaibrahim

♬ suara asli – dr. Valdo – dr. Valdo

Difahamkan, syarikat berkenaan kepunyaan Bonda Rozita, seorang usahawan terkenal dan ibu kepada usahawan sensasi, Dato’ Aliff Syukri.

Pemilik video dikenali sebagai @kaktiii01 meluahkan rasa gembira dan menganggap majlis makan malam pada tahun ini paling havoc sepanjang 4 tahun dia berkhidmat di JRM.

Dinner paling havoc sepanjang 4 tahun

@kaktiii01

Alhamdulillah untuk penutup 2024! Rezeki anak anak mami🔥 #jrmholistik #bondarozitaibrahim #JRMxRHStarNight

♬ original sound – Kaktiii – Kaktiii

Di ruangan komen, netizen tidak berhenti memuji sikap pemilik syarikat yang pemurah dan menghargai khidmat pekerja.

Masing-masing meluahkan isi hati menyatakan mereka jarang mendapat perhargaan seperti itu. Sabar jelah ya!

#OhmediaNasihat

Hargailah pekerja anda, walaupun dengan cara sederhana. Kadangkala, sekadar ucapan terima kasih pun mampu memberi semangat luar biasa kepada mereka. Bagi pekerja pula, rezeki majikan yang baik adalah nikmat besar jadi teruskan usaha dan keikhlasan dalam pekerjaan!

bonus

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: @kaktiii01


Lagi dalam kategori Oh! Inspirasi

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas