Oh! Negara
Terengganu Tidak Umum Bonus Penjawat Awam, Tunggu Kelulusan Kementerian Kewangan
Baru-baru ini kerajaan Negeri Selangor telah mengumumkan bonus dua bulan kepada penjawat awam negeri.
Namun berbeza pula dengan kerajaan Terengganu yang sedang menunggu kelulusan kewangan daripada Kementerian Kewangan (MoF) sebelum mengumumkan tentang bonus tersebut.
Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Besar Terengganu, Ahmad Syamsuri Mokhtar Ketika ditanya tentang jumlah bonus yang akan diberikan kepada penjawat awam negeri.
Sedang dalam proses

Dalam banyak keadaan, apa yang kita nak umumkan dari segi angka dan jumlah itu, kita kena mohon dahulu (MoF), dapatkan pengesahan bahawa ia akan diberi barulah kita laksanakan.
Ada perkara yang dalam proses, surat telah dihantar sejak beberapa bulan lalu kepada MoF untuk dapat kelulusan, bila dapat kelulusan, baru boleh dilaksanakan termasuklah isu bonus dan sebagainya, Insya-Allah.
Kesimpulannya, harap penjawat awam di Terengganu dapat bersabar menunggu jumlah bonus yang akan diberikan sekiranya Kementerian Kewangan sudah memberi kelulusan.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Free Malaysia Today
Amyrul Bakhtiar Kongsi Kisah Hidup Sebelum Viral Dan Lagu Raja Gelek Perodua | Oh! Podcast Ep26
OH! MEDIA 24/04/2026 7:45 PM