Oh! Inspirasi
Syarikat Korea Hadiahkan Pekerja PS5 Pro Dan Bonus RM15K
Sebuah syarikat daripada Korea Selatan, Studio Shift Up telah menghadiahkan kesemua 311 pekerjanya permainan konsol Playstation 5 Pro (PS5 Pro) dan diberikan sekali bonus wang tunai berjumlah 5 juta won (RM15,432).
Syarikat mahu kongsi hasil dan kejayaan bersama

Menerusi laporan daripada VGC, wakil syarikat pembangun dan penerbit permainan video itu memberitahu bahawa hadiah dan bonus tersebut diberikan sebagai tanda penghargaan kerja keras kakitangan mereka.
Pemberian ini sebenarnya seiring dengan kejayaan luar biasa permainan aksi video Stellar Blade yang dilancarkan oleh syarikat itu pada tahun lalu.
Shift Up turut mendedahkan bahawa permainan tersebut telah mencatat hasil jualan lebih daripada 1 juta unit di seluruh dunia.

Selain Stellar Blade, syarikat Shift Up yang berpusat di Seoul itu juga membangunkan permainan aplikasi di telefon bimbit seperti Destiny Child dan Goddess of Victory.
Bukan kali pertama syarikat bagi hadiah seperti ini
Pada tahun 2021, Shift Up pernah meraikan kejayaan yang lebih kurang sama iaitu permainan video Project Eve mereka dengan memberikan PlayStation 5 kepada setiap seorang pekerjanya.
#OhmediaNasihat
Apabila syarikat berkongsi hasil kejayaan mereka dengan pekerja, ia bukan sahaja mampu menarik bakat-bakat terbaik, malah turut memastikan pekerja sedia ada kekal bersemangat, bermotivasi dan setia kepada syarikat. Semoga banyak lagi majikan mampu memberikan yang terbaik kepada kakitangan mereka seperti syarikat Shift Up lakukan.

Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27
OH! MEDIA 08/05/2026 8:30 PM