Connect with us

Oh! Media

Oh! Lifestyle

Kes Denggi Meningkat 86.3 Peratus, Selangor Catat Frekuensi Kes Tertinggi

Demam denggi adalah penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti yang telah dijangkiti.

ADVERTISEMENT

Tahukah anda, tahun lalu Malaysia telah mencatatkan peningkatan ketara untuk kes denggi dengan 123,133 kes. Peningkatan ini bersamaan dengan 86.3% berbanding kepada tahun sebelumnya. Kes maut akibat denggi juga telah meningkat sebanyak 78.6%, dengan frekuensi kes tertinggi di Selangor. 

Apa Cara Terbaik Untuk Mengelak Daripada Serangan Denggi?

Selain sentiasa memeriksa kawasan takungan air yang menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes, kini satu lagi cara untuk mengelak daripada jangkitan denggi ialah dengan mengambil vaksin Qdenga.

Vaksin yang dikeluarkan oleh firma farmaseutikal Takeda dari Jepun ini telah mendapat kelulusan daripada Pihak Berkuasa Kawalan Dadah. 

Ia memerlukan dua dos yang diambil selang tiga bulan dan boleh diberikan kepada individu berusia empat tahun ke atas. Buat sementara waktu vaksin ini boleh didapati di klinik dan hospital swasta yang menawarkannya.

Tapi kalau tak ambil vaksin macam mana pula?

Gunakan Bioré GUARD Mos Block Serum, Halang Nyamuk Hinggap di Anggota Tubuh

Tahukah anda jenama penjagaan terkenal Bioré, telah memperkenalkan satu produk baru 

Bioré GUARD Mos Block Serum yang berfungsi sebagai penghalau nyamuk berasaskan teknologi penghalau yang menjadikan permukaan kulit tidak mesra kepada nyamuk.



Berfokus kepada tindakan nyamuk apabila ia hinggap pada kulit, KAO telah menghasilkan penghalau nyamuk tidak berminyak selain bertekstur ringan seperti losyen badan, yang boleh disapu secara meluas dan memberikan liputan menyeluruh pada kulit.

Seolah-olah suatu perisai untuk melindungi pengguna daripada nyamuk.

Produk ini melindungi pengguna daripada nyamuk dan dirumus untuk penggunaan selesa seperti serum kulit tanpa berikan rasa melekit. 

Dengan menghalang nyamuk daripada menghinggap di atas kulit pengguna sama sekali, mekanisme teknologi ini berbeza daripada penghalau serangga konvensional yang biasanya menggunakan bahan aktif meruap seperti diethyltoluamide (DEET) atau Picaridin yang mungkin mengakibatkan reaksi sensitif.

Bioré GUARD Mos Block Serum baharu menawarkan perlindungan sehingga lapan jam dan boleh didapati dalam dua wangian yang menarik (Fresh Lavender dan Sweet Blossom) pada Harga Runcit Disyorkan RM24.90 untuk tiub 100g. Bioré GUARD Mos Block Serum akan tersedia untuk pembelian di farmasi dan peruncit utama di seluruh negara.

Teruskan membaca..

Penulis editorial sepenuh masa di Oh! Media. Menyampaikan artikel pemasaran dalam bentuk santai dan infomatif.

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas