Connect with us

Oh! Media

“Aku Bukan Bini Nombor 2” – June Lojong Perjelas Namron Memang Suaminya

Ohmedia namron June Lojong

Trending

“Aku Bukan Bini Nombor 2” – June Lojong Perjelas Namron Memang Suaminya

June Lojong menjelaskan Namron merupakan suaminya dan menafikan dakwaan hubungan mereka baru bermula.

Pelakon, June Lojong mengakui masih menerima pertanyaan daripada warganet mengenai status hubungannya dengan pelakon dan pengarah, Namron.

Menerusi hantaran di Threads, June menjelaskan bahawa Namron sememangnya merupakan suaminya dan usia perkahwinan mereka kini sudah memasuki tahun ke-22.

“Aku bukan bini nombor 2, bukan skandal” – June Lojong

Namron June Lojong

June turut menjelaskan bahawa hubungan mereka bukanlah sesuatu yang baru bermula seperti yang mungkin disangka sesetengah pihak.

IKLAN

Ramai yang bertanya. Ya, Namron memang suami saya. Aku bukan bini nombor 2, bukan skandal, bukan baru nikah.

Menurut June, hubungan mereka sudah bermula sejak zaman belajar di ASK/ASWARA lagi dan berterusan sehingga kini.

Kami dah bercinta sejak zaman belajar di ASK/ASWARA lagi, Alhamdulillah sekarang dah masuk tahun ke-22 bersama.

Kenal Namron sejak 1996, kahwin 2024

June Lojong

Untuk rekod, June dan Namron mula berkenalan sejak 1996 sebelum mendirikan rumah tangga pada 2004.

Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata.

Nota Oh! Media:
Apa pun, status rumah tangga seseorang adalah perkara peribadi dan wajar dihormati selagi pasangan terbabit sendiri sudah memberikan penjelasan.

Sumber: Threads
Ikuti Perbincangan: Whatsapp, Facebook, Threads dan Instagram.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas