Connect with us

Oh! Media

vaksin denggi

Branded

Vaksin Denggi, Qdenga Kini Didapati Di Malaysia

Takeda Malaysia hari ini mengumumkan pelancaran Qdenga®, (Vaksin Denggi Tetravalent [Live, Attenuated]), untuk pencegahan demam denggi yang disebabkan oleh kesemua empat serotip virus denggi.

Qdenga® telah diluluskan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) Malaysia berdasarkan data meluas yang menunjukkan keberkesanan, keselamatan dan kualitinya.

Vaksin ini adalah bagi individu berusia 4 tahun dan ke atas 1 dan kini boleh didapati di kebanyakan hospital dan klinik swasta di seluruh negara.

Ke arah Malaysia bebas denggi

vaksin denggi diskusi

Sejak dua dekad lepas, insiden denggi di peringkat global telah meningkat dan kini memberi kesan kepada kira-kira 129 buah negara, yang memberi ancaman global yang signifikan.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), jumlah kes telah meningkat daripada 500,000 pada 2000 kepada 5.2 juta pada 2019, dengan Asia dibebani sebanyak 70% daripada jumlah itu.

Kes tertinggi di Selangor

nyamuk aedes

Di Malaysia, kes-kes denggi telah meningkat secara signifikan dengan 123,133 kes dilaporkan pada 2023— mencatatkan peningkatan 86.3% dibandingkan dengan tahun sebelumnya.

Kematian berkaitan denggi juga meningkat kepada 78.6%, dengan kes tertinggi bertumpu di Selangor. Pada suku pertama 2024, sebanyak 41,565 kes dilaporkan dan 28 kematian dikaitkan dengan komplikasi demam denggi, yang menunjukkan peningkatan berbanding dengan tempoh yang sama pada 2023.

Diluluskan di lebih 30 negara

Pada masa ini, Qdenga ® telah diluluskan di lebih daripada 30 buah negara termasuk Kesatuan Eropah, United Kingdom, Brazil, Argentina, Indonesia, Thailand, Vietnam dan Malaysia.

Rakyat Malaysia kini boleh mendapatkan nasihat daripada doktor mereka serta ahli profesional penjagaan kesihatan di hospital dan klinik swasta untuk mengetahui lebih lanjut tentang vaksin bagi mencegah dan melindungi daripada denggi.

Penulis editorial sepenuh masa di Oh! Media. Memfokuskan sepenuhnya artikel-artikel berkaitan pemasaran.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas