Branded
“Mak, Kenapa Tak Beli Yang Itu?” Bila Dah Besar Baru Faham Kenapa….
Dulu, setiap kali ikut mak pergi beli barang dapur, kita mungkin rasa bosan. Kalau mak beli barang mesti lama, sebab mak suka berhenti dekat setiap satu rak, tengok harga, kemudian berjalan ke rak sebelah dan tengok lagi.
Kadang-kadang siap pegang dua barang sambil buat kira-kira dalam kepala. Kita pula yang masa tu masih kecil, dah penat dan mula tarik tangan mak ajak balik.
Tapi mak tetap tak berganjak, sebab dalam kepala mak, bukan sekadar nak beli satu barang. Ada beras yang nak beli, susu untuk anak-anak, barang dapur yang dah habis dan duit yang perlu disimpan untuk hujung bulan.
Yang paling penting, mak perlu pastikan semuanya cukup.
Sebenarnya mak bukan berkira. Mak cuma sedang cuba memastikan setiap ringgit yang ada cukup untuk semua orang.
Bila Kita Mula Mengurus Hidup Sendiri, Kita Baru Faham Perasaan Itu
Sekarang ni bila dah dewasa, kita pula yang berdiri di depan rak pasar raya. Kita pula yang mula pegang telefon sambil kira jumlah dalam troli. Kita pula yang mula fikir, “Barang ni boleh tunggu bulan depan ke?”
Tanpa kita sedar, kita mula buat perkara yang sama seperti mak dulu. Bandingkan harga, cari yang berbaloi dan fikir dua tiga kali sebelum masukkan sesuatu ke dalam troli.
Bukan sebab kita kedekut. Tapi sebab bila dah mula mengurus kehidupan sendiri, kita sedar bahawa duit yang kita ada perlu dijaga sebaik mungkin.
Bagi ramai keluarga Malaysia, membeli barang dapur bukan sekadar rutin mingguan. Ia adalah sebahagian daripada cara kita menjaga orang yang kita sayang. Tanpa kita sedar, Econsave telah menjadi sebahagian daripada kehidupan ramai keluarga Malaysia.
Dari Akar Tempatan, Membesar Bersama Keluarga Malaysia
Bermula daripada akar sebagai peruncit tempatan, Econsave berkembang menjadi salah satu rangkaian pasar raya utama di Malaysia. Sepanjang perjalanan itu, satu perkara yang kekal menjadi fokus ialah membantu pelanggan mendapatkan keperluan harian pada harga yang murah.
Kerana Econsave faham satu perkara yang cukup mudah. Berjimat bukan bermaksud kita tak mahu membeli. Kita cuma mahu membeli dengan lebih bijak, sebab itu, Econsave terus membawa satu janji yang cukup dekat dengan kehidupan seharian rakyat Malaysia iaitu “Harga Terendah Setiap Hari”.
Bukan hanya bila ada jualan besar atau musim tertentu, tetapi sebagai satu usaha untuk membantu keluarga menguruskan perbelanjaan harian dengan lebih baik.
Penjimatan Kecil Hari Ini, Mungkin Bermakna Untuk Esok
Bagi sesetengah orang, beza beberapa ringgit mungkin nampak kecil. Tapi bagi sebuah keluarga, penjimatan kecil yang berlaku berulang kali boleh membawa makna yang besar.
Mungkin lebihan itu boleh digunakan untuk membeli keperluan anak-anak. Mungkin boleh disimpan sedikit untuk hujung bulan. Mungkin boleh digunakan untuk membeli sesuatu yang selama ini terpaksa ditangguhkan.
Sebab itulah Econsave mengambil pendekatan “Bandingkan Harga Kami” dan melakukan perbandingan harga setiap hari untuk memastikan harga kekal kompetitif.
Kerana Econsave percaya, apabila pelanggan datang membeli-belah, mereka sepatutnya boleh rasa yakin bahawa mereka sedang mendapatkan nilai yang berbaloi untuk wang yang dibelanjakan.
Di Sebalik Harga Rendah, Ada Usaha Yang Kita Tak Nampak
Bagi Econsave, harga yang kompetitif bukan sekadar tentang promosi. Antara usaha yang dilakukan adalah melalui self-importing dan direct sourcing untuk barangan terpilih bagi membantu mengurangkan kos pihak ketiga yang tidak diperlukan apabila boleh.

Bukan sekadar menawarkan harga yang murah berbanding pasaraya lain, Econsave turut memberi perhatian kepada kualiti bahan segar yang menjadi keperluan harian keluarga. Sayur-sayuran dihantar setiap hari daripada peladang bagi memastikan kesegarannya terjaga, manakala ikan segar pula diperoleh terus daripada nelayan setiap hari.

Usaha mendapatkan hasil segar daripada sumbernya ini bukan sahaja membolehkan pelanggan menikmati bahan makanan yang berkualiti pada harga lebih rendah, malah secara tidak langsung menyokong peladang dan nelayan yang menjadi sebahagian penting dalam rantaian bekalan makanan negara.
Pendekatan “Bandingkan Harga Kami” dengan membuat perbandingan harga setiap hari bagi memastikan harga kekal kompetitif. Malah, pelanggan juga tidak perlu menunggu untuk menjadi ahli atau menyertai program tertentu terlebih dahulu untuk menikmati penjimatan.
Jadi, apabila kita nampak harga yang berbaloi di rak, ia bukan bermaksud kualiti dikorbankan. Sebaliknya, ia adalah hasil daripada usaha di belakang tabir untuk menguruskan kos dan proses mendapatkan produk dengan lebih baik.
Bandingkan Harga Kami

Nak tahu lebih banyak tentang tawaran, promosi dan kemaskini terkini daripada Econsave? Ikuti media sosial rasmi Econsave di Facebook, Instagram dan TikTok atau layari laman web rasmi Econsave.

