Oh! Tidak
Donald Trump Main Golf Ditemani Sistem Peluru Berpandu
Donald Trump bermain golf dengan sistem peluru berpandu Avenger ditempatkan berhampiran padang golfnya di Bedminster.
Aktiviti bermain golf biasanya dikaitkan dengan suasana santai, tapi lain pula ceritanya dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
Ketika Trump berada di padang golfnya di Bedminster, New Jersey awal bulan ini, sebuah sistem pertahanan udara Avenger milik Tentera Darat AS turut ditempatkan berhampiran kawasan berkenaan.
Donald Trump tengah ketakutan ke tu?

Avenger dipasang pada kenderaan tentera Humvee dan mampu melancarkan peluru berpandu Stinger untuk menghadapi ancaman seperti dron, helikopter, pesawat terbang rendah serta peluru berpandu kruis.
Dalam rakaman video bertarikh 1 Ogos, Trump dilihat berbual bersama anggota tentera dengan sistem berkenaan berada di belakang mereka.
Tidak bimbang mengenai peluru berpandu atau dron.- Kata Trump secara berseloroh.
Seorang anggota tentera kemudian menunjuk ke arah sistem berkenaan sambil menjawab, “Kami sudah mengawalnya.”
Malah, sistem Avenger mempunyai turet yang boleh berputar 360 darjah bagi membolehkannya bertindak terhadap ancaman udara dari pelbagai arah.
Ruang udara turut dikawal ketat

Tahap kawalan di sekitar Bedminster bukan setakat melibatkan sistem pertahanan di darat.
Jet pejuang F-16 di bawah Komando Pertahanan Aeroangkasa Amerika Utara (NORAD) turut dikerahkan selepas dua pesawat awam memasuki ruang udara larangan sementara berhampiran kawasan berkenaan ketika Trump berada di kelab golfnya.
Kedua-dua pesawat itu berjaya dipintas sebelum diiring keluar dari kawasan tersebut dengan selamat.
Dengan sistem peluru berpandu di darat dan kawalan ruang udara dari atas, sesi golf Trump kali ini jelas berlangsung dengan tahap keselamatan yang bukan biasa-biasa.

