Connect with us

Oh! Media

Pelakon Soffi Jikan Dikejarkan Ke Hospital

Ohmedia hafizal Om Featured New 1200x675

Oh! Artis

Pelakon Soffi Jikan Dikejarkan Ke Hospital

Pelakon KL Gangster, Soffi Jikan dimasukkan ke hospital lepas kena denggi, kencing tikus.

Pelakon yang cukup dikenali melalui filem KL Gangster, Soffi Jikan dilaporkan kini dalam keadaan stabil selepas dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh disebabkan jangkitan kuman.

Menurut laporan Harian Metro, Soffi atau nama sebenarnya Mohamad Shoffi Jikan, 54, hanya memberikan respon ringkas ketika dihubungi menerusi WhatsApp dengan menjawab, “Alhamdulillah.”

Bila ditanya pula tentang tarikh keluar wad, dia hanya memaklumkan yang dia sendiri masih belum tahu.

IKLAN

Soffi Jika kena denggi dan kencing tikus…

soffi jikan

Segalanya mula jadi tular di TikTok apabila seorang individu dikenali sebagai Hasyim yang juga dipercayai kenalan kepada Soffi, memuat naik video menunjukkan keadaan terkini pelakon itu di hospital.

Menurut Hasyim, Soffi awalnya dimasukkan ke wad selepas dijangkiti kencing tikus dan denggi. Selepas enam hari dalam rawatan, dia dibenarkan keluar hospital. Tapi malangnya, kesihatan Soffi merosot semula selepas tiga hari.

Selepas tiga hari, dia demam semula sebab dadanya sakit dan hati pula dijangkiti kuman.- Tulis Hasyim dalam perkongsian itu.

Punca bermula dari penggambaran di Johor dan Perlis…

soffi jikan

Soffi sendiri sempat berkongsi cerita tentang keadaannya di TikTok dan menjelaskan bagaimana semuanya bermula selepas dia balik dari Sabah.

Salam semua, balik dari Sabah demam teruk, kena denggi dan kencing tikus. Sihat sikit sambung kerja pergi shooting di Johor kemudian pergi ke Padang Besar, Perlis.

Kena heat stroke, kemudian kena jangkitan kuman dan masuk Hospital Sungai Buloh.- Tulisnya.

Ruangan komen dipenuhi doa dan harapan agar Soffi kembali pulih seperti sedia kala. Ramai peminat turut mendoakan agar pelakon berbakat besar itu diberikan kekuatan untuk melawan ujian kesihatan yang menimpanya sekarang.

Pssttt! Ohmedia harap korang jangan ambil ringan bila rasa tak sihat, terutama lepas balik dari kawasan berisiko atau bila banyak buat aktiviti luar. Kadang kita rasa okay, tapi tubuh sebenarnya tengah melawan macam-macam. Kalau dah demam atau sakit dada, cepat-cepatlah dapatkan rawatan. Jangan tunggu sampai teruk, okay?

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas