Connect with us

Oh! Media

(VIRAL) Roti Gardenia Baru Jadi Rebutan Kat Pasaran. Tinggi Fibre & Rendah Gula Tapi SEDAP!

Ohmedia gardenia

Oh! Lifestyle

(VIRAL) Roti Gardenia Baru Jadi Rebutan Kat Pasaran. Tinggi Fibre & Rendah Gula Tapi SEDAP!

Bagi yang memang suka makan roti, nak mula jaga pemakanan kadang-kadang boleh jadi satu dilema juga. 

Mana tidaknya, roti boleh dikatakan sebagai makanan atau hidangan yang paling mudah disediakan untuk sarapan atau bila lapar. Tapi bila dah mula ambil tahu tentang apa yang kita makan, ada yang mula rasa ‘bersalah’ atau risau dengan kandungan gula dalam pilihan roti harian.

Nak tukar kepada pilihan lain, takut pula tak kena dengan tekak.

IKLAN

Sampailah baru-baru ni Ohmedia ada terjumpa satu perkongsian di threads, yang mana dia berkongsi alternatif roti yang menurutnya masih sedap dimakan walaupun tinggi serat dan rendah gula iaitu Gardenia Breakthru Tinggi Fibre & Rendah Gula.

Roti baru ke?

Rasa Roti Sihat Yang Lebih Sedap. Tak Rasa ‘Bersalah’ Bila Makan


Macam min sendiri, yang baru nak mula mengamalkan gaya makan yang sihat. Boleh kata agak mencabar nak pilih makanan supaya tak terbabas calorie intake. Sebab tu suka baca perkongsian orang kita dekat sosial media.

Menerusi perkongsian seorang warga thread, @nadiah_qilah Gardenia Breakthru Tinggi Fibre & Rendah Gula ni tak manis, tekstur roti juga lembut dan gebu.

Perkongsian itu kemudiannya menarik perhatian pengguna lain, terutamanya mereka yang mencari pilihan roti berbeza tetapi masih mementingkan rasa.

Agak menarik sebab biasanya bila sebut sahaja roti tinggi serat atau rendah gula, terus terbayang tekstur roti yang kasar atau rasa yang kurang menarik. Tapi yang ini tidak!

Pilihan Untuk Yang Nak ‘Jaga’ Makan

Dalam satu perkongsian lain yang kami temui di threads, pengguna @najwahassan_ turut berkongsi mengenai roti yang sama.

Di ruangan komennya dia turut berkongsi maklumat nutrisi bagi dua keping roti iaitu hanya sekitar 149 kcal dengan 24.8g karbohidrat, 2.7g gula, 6.4g protein, 3.1g lemak dan 4.9g serat diet.

Disebabkan kandungan tersebut, ada netizen yang nak jadikannya sebagai salah satu pilihan roti ketika sedang menjaga pemakanan atau berada dalam kalori defisit.

Tapi korang kena ingat juga, pemilihan makanan saja tak menentukan sama ada sesuatu diet itu sihat atau berkesan. Keseluruhan corak pemakanan dan portion masih perlu diambil kira.

“Makan Kosong Pun Sedap”

Lagi menarik bila kami menjengah dekat ruangan komen, ramai yang berkongsi cara mereka menikmati roti ini.

Ada yang mengatakan makan begitu sahaja pun sudah sedap. Kalau nak sesuatu yang lebih mengenyangkan pula, antara cadangan yang diberikan adalah menjadikannya sandwich telur.

2026 08 20 at 33254 Pm

Kiranya tak semestinya kena makan kosong sahaja!

Pilih Gardenia Breakthru Tinggi Fibre & Rendah Gula Untuk Pilihan Lebih Sihat!

Kami pun buatlah sedikit carian dan mendapati yang Gardenia Breakthru Tinggi Fibre & Rendah Gula merupakan sebahagian daripada rangkaian Gardenia Breakthru. Macam namanya, varian ini merupakan roti tinggi serat dan rendah gula. Ia dijual dalam pek 340g pada harga RM5.80.

Jadi kalau korang memang sedang mencari alternatif kepada roti yang biasa dimakan, mungkin boleh tengok dahulu kandungan nutrisi dan pilih mengikut keperluan pemakanan masing-masing.

Kalau nak cuba sendiri Gardenia Breakthru Tinggi Fibre & Rendah Gula yang tengah ‘hangat’ diperkatakan ini, korang boleh mendapatkan di pasar raya atau kedai yang menjual produk Gardenia berhampiran.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Mastura Zulkafli
Mastura adalah Ketua Penulis Editorial sepenuh masa di Oh! Media, pakar dalam menyampaikan artikel pemasaran dengan gaya yang santai namun penuh informasi, memastikan setiap kandungan mudah difahami dan relevan untuk pembaca.

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas