Trending
Aksi Mesra Shukri Yahaya Dengan Pelakon Wanita Undang Kurang Senang Netizen, Ini Apa Kata Tuan Badan
Shukri Yahaya jelaskan aksi bersentuhan dengan Ramona Zamzam dan Qistina Khaled sekadar tuntutan kerja serta tidak melebihi batas.
Pelakon, Shukri Yahaya menganggap aksi bersentuhan bersama aktres Ramona Zamzam dan Qistina Khaled ketika sesi fotografi sekadar tuntutan kerja.
Menurut laporan mStar, Shukri Yahaya berkata setiap sentuhan ketika mempromosikan drama Tertulis Kita Sampai Syurga dilakukan secara berlapik dan tidak melebihi batas.
Sentuhan itu berlapik, saya okay.
Netizen kurang senang lihat aksi mesra

Sebelum ini, video promosi drama berkenaan mencuri perhatian apabila memaparkan Shukri bersama Ramona dan Qistina dalam sesi fotografi yang kelihatan agak rapat.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, Ramona dilihat memegang Shukri ketika mereka menjalani sesi fotografi.
Aksi tersebut kemudiannya mengundang pelbagai reaksi netizen apabila rata-rata meluahkan rasa kurang senang melihat Shukri beraksi mesra dengan pelakon wanita.
“Isteri tak kacau kerjaya saya” – Shukri Yahaya

Ditanya mengenai sama ada isterinya, Tya Adnan, pernah menetapkan sebarang syarat atau batasan berkaitan watak serta gandingannya bersama pelakon wanita, Shukri berkata perkara itu tidak pernah menjadi isu dalam rumah tangga mereka.
Menurut Shukri, Tya tidak pernah mencampuri urusan kerjayanya dan sentiasa memberikan kepercayaan penuh terhadap setiap pekerjaan yang dilakukannya.
Isteri tak kacau kerjaya saya, dia tak pernah tengok pun drama-drama lakonan saya.
Dia memang percaya saya.

