Oh! Artis
Fazley Yaakob Mohon Maaf Video Urut Datuk Seri Vida Undang Kurang Senang Ramai
Fazley Yaakob mohon maaf selepas video mengurut Datuk Seri Vida undang rasa kurang senang orang ramai.
Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob memohon maaf sekiranya video memaparkan dirinya sedang mengurut usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida (DSV) mengundang rasa kurang senang dalam kalangan netizen.
Menerusi Threads, Fazley menjelaskan bahawa tiada niat lain di sebalik perkongsian tersebut selain mahu berkongsi momen bersama Vida.
Terima kasih mendoakan DSV, alhamdulillah dia dah pulih dan dalam keadaan baik-baik saja.
Tentang paparan yang kurang sesuai untuk tatapan umum itu, mohon maaf bagi pihak pasukan konten kami.
Tidak ada niat untuk menyinggung mana-mana pihak atau timbulkan spekulasi distruktif,” katanya dalam platform Threads.
Fazley Yaakob janji lebih berhati-hati

Mengakui perkara itu sebagai satu khilaf, Fazley berkata pasukannya akan lebih teliti menapis setiap kandungan sebelum dimuat naik ke media sosial.
Keterujaan pasukan kami untuk berkongsi momen-momen tertentu akan diperhalusi pada masa akan datang.
Malah, Fazley sempat berseloroh dengan menggelarkan dirinya sebagai ‘bakal Imam DSV’.
Saya sebagai ‘bakal Imam DSV’ akan usahakan agar semuanya lebih mencerminkan contoh yang baik.
Terima kasih dan doakan kami! Cuma bahagian DSV gelak, tidak boleh tolong sebab saya suka.
Video urut DSV jadi perhatian

Terdahulu, video memaparkan Fazley mengurut Vida di sebuah pusat peranginan mengundang rasa kurang senang netizen.
Rata-rata berpendapat kandungan sebegitu kurang sesuai untuk tatapan umum, lebih-lebih lagi kedua-duanya masih belum bergelar suami isteri.

