Oh! Artis
Intan Najuwa Tak Sabar Kembali Berlakon Lepas Bersalin Anak Kedua
Intan Najuwa teruja mahu kembali berlakon selepas selamat melahirkan anak kedua pada 9 Ogos lalu.
Selepas agak lama fokus kepada kehidupan berkeluarga, Datin Intan Najuwa nampaknya sudah mula merindui dunia lakonan.
Pelakon berusia 29 tahun itu yang baru sahaja melahirkan anak kedua pada 9 Ogos lalu mengakui dirinya kini teruja untuk kembali berada di lokasi penggambaran.
Intan Najuwa mula cari drama untuk comeback

Intan kini sedang berbincang dan meneliti beberapa tawaran drama sebelum menentukan projek pertama untuk kemunculan semulanya.
Walaupun teruja, dia tidak menafikan ada rasa gementar kerana sudah lama tidak aktif seperti dahulu.
Sekarang tengah berbincang dan memilih drama mana yang nak dimulakan. Teruja tetapi gementar pada masa sama, dah lama juga.- Katanya.
Anak-anak ada yang jaga

Keputusan untuk kembali berlakon dibuat apabila Intan berasa lebih lega kerana kedua-dua cahaya matanya kini mempunyai individu dipercayai untuk membantu menjaganya.
Leganya dah bersalin, tak sabar nak mula berlakon balik! Insya-Allah, ramai yang jaga anak-anak sekarang. Jadi mommy (Intan) boleh perlahan-lahan buat comeback dalam lakonan semula.- Katanya.

Perkongsian itu turut membuatkan peminat teruja menantikan kemunculannya semula di televisyen. Ada yang kembali menyebut drama lakonannya seperti Tuan Danial, Kekasih Paksa Rela dan Hantu Punya Bos.
Intan mula memperlahankan aktiviti lakonan selepas mendirikan rumah tangga pada Ogos 2023 untuk memberi tumpuan kepada keluarga serta menguruskan perniagaannya.

