Oh! Negara
Kenaikan Gaji Hakim Berkuat Kuasa Januari Ini, Cecah RM46,800
Kenaikan gaji hakim bermula 1 Januari, libatkan 150 hakim dengan gaji tertinggi cecah RM46,800 sebulan.
Seramai 150 hakim bakal menikmati kenaikan gaji bermula 1 Januari ini. Perkara tersebut disahkan menerusi warta kerajaan yang diterbitkan pada 24 Disember lalu.
Menerusi Peraturan Peraturan Saraan Hakim 2025, beberapa jawatan tertinggi kehakiman menerima pelarasan gaji yang ketara. Kenaikan gaji hakim ini dilihat sebagai langkah lama ditunggu selepas bertahun tanpa semakan.
Ketua hakim dan presiden mahkamah terima kenaikan ketara
Gaji Ketua Hakim Negara kini dinaikkan kepada RM46,800 sebulan berbanding RM36,000 sebelum ini. Presiden Mahkamah Rayuan pula menerima gaji baharu RM40,950 berbanding RM31,500.
Bagi Ketua Hakim Malaya serta Ketua Hakim Sabah dan Sarawak, kedua duanya kini diseragamkan pada RM39,650. Sebelum ini, kedua jawatan ini menerima kadar gaji yang berbeza.
Hakim Mahkamah Persekutuan kini memperoleh RM37,050, meningkat daripada RM28,500. Hakim Mahkamah Rayuan pula menerima RM35,750, manakala hakim Mahkamah Tinggi menerima RM34,450.
Pesuruhjaya kehakiman yang berkhidmat secara kontrak juga tidak terkecuali apabila gaji mereka dinaikkan kepada RM33,150. Ini menjadikan keseluruhan struktur gaji kehakiman lebih tersusun dan seimbang.
Tiada perubahan elaun, kenaikan diumum dalam belanjawan

Walaupun kenaikan gaji hakim dilaksanakan, tiada sebarang perubahan dibuat terhadap elaun bulanan dan kemudahan lain yang sedia ada. Semua kekal seperti sebelum ini.
Ketika pembentangan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat, Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan perkara tersebut secara rasmi.
Semua hakim akan menerima kenaikan gaji sebanyak 30 peratus. Kali terakhir gaji hakim dinaikkan adalah pada 2015.- Katanya.
Untuk pengetahuan korang, hakim tidak menerima kenaikan gaji tahunan seperti yang diberikan di bawah skim perkhidmatan awam lain.
Pssttt! Ohmedia harap korang faham yang isu kenaikan gaji hakim ni bukan soal jumlah semata mata, tapi juga berkait dengan keadilan dan tanggungjawab besar yang mereka pikul setiap hari. Kadang kadang benda yang nampak sensitif ni perlu dilihat dari sudut lebih luas.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

Pakai Kad Kredit Lagi Best Dari Debit, Aznah Sekolahkan Netizen Sampai Pandai | Oh! Podcast Ep21
OH! MEDIA 11/01/2026 3:00 PM