Trending
“Beli Satu Kongsi Dua Orang, Boleh Refill” – Lelaki Padam Tips Jimat Makan Ayam Gepuk Lepas Rujuk Ustaz
Lelaki ini turut emel restoran untuk mendapatkan kepastian mengenai polisi refill.
Perkongsian seorang pengguna Threads mengenai tip berjimat ketika makan ayam gepuk mengundang kontroversi apabila dia mencadangkan satu set makanan dikongsi dua orang.
Menurutnya, satu set basic ada ayam, nasi, sambal dan ulam hanya RM12.50. Set itu boleh dikongsi berdua kerana nasi serta sambalnya boleh ditambah secara percuma.
Kongsi tip makan ayam gepuk berdua
Katanya lagi, dia dan isteri gemar makan ayam gepuk kerana lebih menjimatkan.

Namun, perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi netizen kerana ada yang berkata polisi refill untuk seorang pelanggan bagi satu set makanan.
Padam hantaran selepas rasa tidak sedap hati
Tidak lama selepas itu, lelaki berkenaan tampil menjelaskan bahawa dia sudah memadam hantaran tersebut selepas merasakan perkara yang dikongsikan mungkin tidak betul dari sudut agama.

Menurutnya, keputusan itu dibuat bukan kerana menerima kecaman, sebaliknya selepas dia merujuk kepada ustaz.

Lelaki itu turut memaklumkan dia sudah menghantar email kepada salah satu kedai ayam gepuk bagi mendapatkan kepastian mengenai polisi refill percuma.

Berdasarkan maklum balas yang diterimanya, pihak kedai menjelaskan bahawa polisi dine-in menetapkan setiap set makanan adalah untuk seorang pelanggan.
Kemudahan refill nasi, sambal dan kacang hanya diberikan kepada pelanggan yang membeli satu set makanan setiap seorang.
Dalam erti kata lain, sekiranya dua orang mahu menikmati refill, kedua-duanya perlu membeli set makanan masing-masing mengikut polisi yang ditetapkan.

