Connect with us

Oh! Media

Aliff Aziz Didakwa Pandu Kereta Pemberian Isteri Tanpa Lesen Memandu

Oh! Artis

Aliff Aziz Didakwa Pandu Kereta Pemberian Isteri Tanpa Lesen Memandu

Sarah Yasmine sekali lagi mengejutkan netizen dengan mendedahkan fakta pelakon, Aliff Aziz tiada lesen tetapi memandu kereta yang diberikan oleh isterinya Bella Astillah.

ADVERTISEMENT

BACA: MUSM (Miss U So Much), Aplikasi X Trending Dengan Kod Rahsia Aliff Kepada Ruhainies

Dalam tangkapan layar yang dimuat naik oleh kekasih gelap pelakon itu, Aliff mengaku kepada Ruhainies bahawa dia tidak ada lesen memandu.

Dalam perbualan itu, Ruhainies menyarankan untuk tidak memulangkan kereta milik Bella supaya Aliff senang untuk bergerak.

Jangan bagi dahulu. Enam bulan tak bayar baru kena tarik

Paling tidak awak ada pengangkutan untuk nak merancang dapatkan yang baru.

Namun, Aliff Aziz tidak bersetuju dengan saranan yang dibuat oleh Ruhainies.

Susulan kes ini, netizen terkejut mengetahui Aliff memandu tanpa lesen dan kereta yang digunakan adalah pemberian daripada Bella.

Rata-rata netizen melabelkan pelakon itu sebagai ‘biawak hidup’ kerana hidup ditanggung oleh Bella.

Netizen juga tag akaun Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk lakukan siasatan lanjut terhadap Aliff Aziz yang memandu tiada lesen.

Deretan tangkapan layar perbualan Aliff Aziz dan Ruhainies didedahkan oleh Sarah Yasmine melalui Instastory.

Kalau betul cerita ini, kesian Bella Astillah terpaksa tanggung Aliff Aziz dan anak-anak. Semoga Bella tabah hadapi ujian.

Kredit: Instagram @sarahyasminekh

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas