Connect with us

Oh! Media

PSG Dituntut Beri Penjelasan Tifo Bebas Palestin, Peminat Dakwa Perancis Dan UEFA Hipokrit!

Ohmedia copy of Untitled Design 6

Oh! Arena

PSG Dituntut Beri Penjelasan Tifo Bebas Palestin, Peminat Dakwa Perancis Dan UEFA Hipokrit!

Pada Khamis lalu, kerajaan Perancis meminta penjelasan daripada kelab bola sepak terkemuka negara itu, Paris Saint-Germain (PSG) berhubung paparan sepanduk pro-Palestin oleh penyokong mereka dalam perlawanan Liga Juara-Juara UEFA pada Rabu menentang Atletico Madrid.

Hq720
Kredit foto Ultras PSG

Sebelum ini penyokong PSG menunjukkan solidariti terhadap Palestin dengan mempamerkan sepanduk besar yang bertulis “Free Palestine” dalam Bahasa Inggeris.

Sepanduk besar itu turut memaparkan imej ikonik Masjid Kubah Batu di Baitulmuqaddis serta bendera Palestin dan Lubnan sebelum perlawanan bermula di Stadium Parc des Princes.

IKLAN

Sikap talam dua muka Perancis, anggap tindakan ini boleh merosakkan sukan

1440x810 cmsv2 9b9f05e3 22f6 59fc b277 5a6731b8a380 8784326
Kredit foto Euro News

Menteri Dalam Negeri Perancis, Bruno Retailleau menyatakan bahawa jika insiden serupa berulang, kerajaan mungkin perlu mempertimbangkan untuk mengharamkan sepanduk bagi kelab-kelab yang gagal menguatkuasakan peraturan.

Saya meminta PSG memberikan penjelasan dan kelab-kelab perlu memastikan bahawa politik tidak merosakkan sukan, yang sepatutnya menjadi sumber penyatuan.

Sepanduk ini tidak sepatutnya berada di stadium dan mesej sebegini juga dilarang oleh peraturan Liga dan UEFA.-Katanya

Peminat kecam sikap pilih kasih Perancis dan UEFA!

275383439 10160018881469078 2635601966212395346 n
Kredit foto Premier League

Selepas Menteri Dalam Negeri Perancis mengeluarkan kenyataan itu. Rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan tindakan tersebut dan menganggap Perancis dan UEFA pilih kasih walaupun berhubung isu kemanusiaan.

Ada juga yang membandingkan isu ini dengan solidariti Perancis dan UEFA semasa perang Rusia-Ukraine dahulu.

Image 1
6156677225173337806
Image 2

Waktu itu, UEFA juga antara yang kuat mendesak pihak bertanggungjawab untuk menangani perang tersebut dengan serius dan segera.

Namun berbeza pula pendirian UEFA sekarang, boleh dikatakan diam seribu bahasa apabila Israel secara terang-terangan melakukan genosid kepada rakyat Palestin.

Ohmedia copy of Untitled Design 6

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Astro Awani


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Muhd Farhan
Farhan adalah perancang strategik untuk tim Oh! Media yang gemar menulis segmen politik dan tidak ketinggalan meneroka isu-isu semasa. Dengan kepakaran dan minat mendalam, Farhan memastikan setiap penulisannya memberikan perspektif yang bernas dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Arena

Oh! Podcast

Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27

OH! MEDIA 12 hours ago

Oh! Botcast

Dengarkan 5 berita paling popular sepanjang minggu ini melalui Botcast bersama AIsyah dan AIzat. Enjoice!


Popular Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas