Connect with us

Oh! Media

“Bila Saya Video Call, Dia Angkat” – Shuib Luah Rasa Rindu, Syukur Akhirnya Berbaik Dengan Rahim

Ohmedia shuib Rahim

Oh! Artis

“Bila Saya Video Call, Dia Angkat” – Shuib Luah Rasa Rindu, Syukur Akhirnya Berbaik Dengan Rahim

Shuib berhubung dengan Rahim Sepahtu selepas 5 tahun, undang reaksi gembira peminat di Instagram.

Selepas sekian lama, hubungan antara pelawak terkenal Shuib dan Rahim Sepahtu akhirnya kembali menjadi perhatian ramai.

BACA: Shuib Tidak Akan Panggil Rahim Sepahtu Sebagai Tetamu Podcast

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Shuib berkongsi momen dirinya dan Mamat Sepah sedang membuat panggilan video bersama Rahim yang jelas mencuri perhatian peminat.

IKLAN

Momen ringkas tapi bermakna buat peminat

Dalam video tersebut, Shuib dilihat sedang memandu sambil melakukan panggilan video dengan Rahim dalam suasana yang santai dan mesra.

Memetik laporan mStar, Shuib mengakui dia sebak selepas panggilan video yang dibuat kepada Rahim akhirnya dijawab, sekali gus menjadi titik permulaan hubungan mereka kembali pulih.

Menurut Shuib, dia sudah lama menyimpan rasa rindu terhadap sahabatnya itu dan menganggap Rahim lebih daripada sekadar rakan kerja.

Sepanjang lima tahun ini hubungan kami memang tidak berapa baik. Terus terang saya cakap, saya memang rindu hendak jumpa dia, berbual dan bergurau semula. Sebab Rahim ini lain, hubungan kami lebih daripada urusan kerja. Banyak perkara di luar kerja yang saya rindukan tentang dia.

Katanya, sebelum membuat panggilan video itu dia sempat meminta pandangan Mamat Sepah kerana tidak pasti sama ada Rahim akan menjawab panggilannya atau tidak.

Saya rasa semua ini gerakan daripada Allah untuk saya ambil langkah itu. Bila saya video call dia dan dia angkat, saya memang terharu sebab sudah lama kami tidak berbual.

Namun perbualan mereka lebih kepada santai kerana Rahim berada di konti radio. Namun, dia akan mencari waktu yang lebih sesuai untuk bercakap secara lebih personal.

Shuib mengakui apa yang berlaku sebelum ini hanyalah salah faham dan keputusan kurang matang daripada kedua-dua pihak.

Pssttt! Kadang-kadang, masa dan jarak bukan penghalang untuk memperbaiki hubungan. Apa yang penting adalah keikhlasan untuk kembali berbaik. Harapnya persahabatan ini terus kekal dan mungkin kita akan dapat lihat mereka kembali bergabung seperti dulu.

Kredit: Instagram Shuib | mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas