Oh! Artis
Datuk Red Mohon Maaf Kepada Adira Suhaimi Sebab Terlanjur
Datuk Red mohon maaf kepada Adira Suhaimi dan harap kemelut mereka berakhir demi anak-anak.
Usahawan Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red akhirnya tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada bekas isterinya, penyanyi Adira Suhaimi.
Tindakan ini dibuat selepas menyedari keterlanjuran kata-katanya di media sosial sebelum ini.
Menurut Datuk Red, permohonan maaf itu datang daripada hati yang ikhlas dan ditujukan khas buat Adira serta pihak peguamnya. Malah, dia berharap langkah ini dapat meredakan segala konflik yang sedang berlaku antara mereka.
Datuk Red akui keterlanjuran

Datuk Red mengakui segala kenyataan yang pernah dikeluarkan di media sosial mungkin telah menimbulkan salah faham. Disebabkan itu, dia mengambil keputusan untuk tampil memohon maaf secara terbuka.
Saya Adnan Abu. Video ini ditujukan khas kepada bekas isteri saya, Siti Adira Suhaimi dan pihak peguam dia.
Permohonan maaf ikhlas daripada saya atas keterlanjuran dalam media sosial secara langsung atau pun tidak. Saya mohon maaf secara ikhlas.- Katanya.
Harap kemelut berakhir dengan baik

Dalam masa sama, Datuk Red berharap permohonan maaf ini dapat menjadi titik penamat kepada perbalahan yang berlaku antara mereka sebelum ini.
Harap dengan permohonan maaf ini, perbalahan kita ditamatkan. Kita boleh berunding cara macam mana membesar dan menjaga anak dengan haluan masing-masing.- Ujarnya.

Sebelum ini, Adira pernah meluahkan rasa terkilan apabila Datuk Red didakwa meletakkan syarat tertentu untuk menyelesaikan kes rujuk mereka. Antaranya termasuk bayaran RM100,000 dan pengguguran kes saman sivil berkaitan hutang.
Namun, Datuk Red menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan dia tidak pernah membuat tawaran seperti itu. Terdahulu juga, dia pernah menyatakan hasrat untuk memohon maaf kepada Adira ketika hadir ke program Talk To My Manager 2 bagi memberi sokongan kepada anak mereka.
Pssttt! Kadang-kadang dalam hubungan, ego memang susah nak diketepikan. Tapi bila dah melibatkan anak-anak, lebih baik cari jalan damai. Harapnya isu Datuk Red dan Adira ni jadi pengajaran untuk korang juga, jangan biarkan masalah berlarutan tanpa penyelesaian.
Kredit: Datuk Red
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Amyrul Bakhtiar Kongsi Kisah Hidup Sebelum Viral Dan Lagu Raja Gelek Perodua | Oh! Podcast Ep26
OH! MEDIA 24/04/2026 7:45 PM