Oh! Arena
Polis Ambil Keterangan 8 Saksi Isu Pemalsuan Dokumen Pemain Warisan Harimau Malaya
Polis rakam keterangan lapan saksi dan terima 45 laporan berkaitan isu pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan Harimau Malaya.
Polis mengesahkan telah merakam keterangan lapan saksi berhubung dakwaan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan Harimau Malaya (HM) susulan laporan yang dibuat oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Menurut laporan Harian Metro, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata yang setakat ini pihaknya telah menerima 45 laporan berkaitan isu berkenaan.
Satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan setakat ini lapan rakaman percakapan juga sudah diambil untuk membantu siasatan lanjut.
FAM buat laporan polis dibuat sejak Disember

Terdahulu, FAM membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya berkaitan dakwaan pemalsuan dokumen melibatkan tujuh pemain warisan HM.
Pemangku Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi menjelaskan, tindakan itu diambil selaras dengan syor Jawatankuasa Siasatan Bebas (IIC).
Syor jawatankuasa bebas jadi pencetus

Menurut beliau, jawatankuasa berkenaan dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Md Raus Sharif selepas IIC menyiapkan siasatan mereka baru-baru ini.
Langkah tersebut dilihat sebagai usaha memastikan ketelusan dan integriti bola sepak negara terus terpelihara, khususnya melibatkan status pemain warisan Harimau Malaya.
Pssttt! Dalam apa jua isu melibatkan sukan negara, ketelusan dan siasatan menyeluruh amat penting demi menjaga maruah pasukan serta kepercayaan peminat.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM